Dia beralasan bahawa individu bumiputera yang mampu membeli rumah mewah mempunyai daya saing dari segi kewangan. Jadi, jika bumiputera yang mampu beli rumah yang berharga sekitar RM1 juta ke atas, tentulah dia mempunyai sumber kewangan yang kukuh.
Seterusnya, Tony berpendapat bahawa bumiputera yang kukuh kewangannya itu tidak perlu diberikan diskaun bumiputera!Benar. Jika dilihat dari segi "Malaysian Malaysia" yang dilaungkan oleh DAP, gesaan Tony itu ada logiknya.
Konsep "kesamarataan hak" yang dipelopori oleh DAP itu sangat mementingkan dasar-dasar negara yang mengimplimentasikan hak-hak yang sama tanpa mengira bumiputera atau tidak.
Sebagai bukan bumiputera, Tony berpendapat bahawa gesaannya itu dapat menyamakan hak di antara bukan bumiputera dan bumiputera. Dalam kata lain, bukan bumiputera adalah layak untuk menikmati keistimewaan bumiputera di Malaysia.
Tony yang dilahirkan pada tahun 1972 telah mendapatkan pendidikan dan biasiswa dari Singapore sebelum belajar di Kolej Keble dan Universiti Oxford . Tidak hairanlah beliau menyertai Dap dan bertanding di Parlimen PJ Utara dan berjaya menewas Chew Mei Fun dalam PRU 12.