Khamis, 1 Julai 2010

KARPAL SING ATAU NIK AZIZ YANG BETUL

Nik Abdul Aziz cabar Karpal Singh buktikan konsep Islam acuan Pas adalah salah PDF Print E-mail
Written by Syamir   
Wednesday, 30 June 2010 22:03
Karpal Singh dicabar Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menunjukkan bukti bahawa konsep negara Islam acuan PAS yang sedia ada di negeri Kelantan selama tempoh 20 tahun adalah salah. 

Menteri Besar Kelantan itu menganggap kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh sebagai kenyataan peribadi sekiranya parti pembangkang menguasai pentadbiran negara. Walau bagaimanapun, Nik Abdul Aziz mengulas bahawa PAS akan meneruskan pentadbiran negeri Kelantan berdasarkan konsep Islam. 

Beliau berkata sekiranya terdapat pemimpin parti pakatan pembangkang yang merasa was-was dengan hasrat PAS, ia hanyalah pendapat peribadi. Nik Abdul Aziz akan meneruskan konsep negara Islam sekiranya pemimpin yang merasa was-was itu tidak dapat membuktikan konsep terbabit adalah salah. 

Kenyataan itu dikeluarkan oleh beliau berikutan kenyataan Karpal Singh yang mengulas penolakan konsep negara Islam yang diperjuangkan Pas sekiranya parti pembangkang mengambil alih pentadbiran negara. Kenyataan terbabit merupakan pendapat peribadi Karpal dan bukan mewakili parti DAP.