Ada individu belajar dalam bidang agama menggunakan agama untuk kepentingan peribadi. Terpelajar bahkan digelar ulama dan tok guru tetapi sentiasa sinis dan sarat sindiran khasnya apabila bercakap tentang perpaduan. Bergelar ulama tetapi tidak konsisten dalam pendirian. Ada yang pakar dalam bidang undang-undang. Mereka mempersendakan undang-undang dan institusi berkaitan dengannya demi kepentingan individu atau kelompok yang mereka wakili.
Ada pula yang amat petah berkata-kata. Pidato mereka memukau ribuan pendengar. Malangnya mereka menggunakan kelebihan ini untuk berbohong dan memfitnah. Sangat bahaya sebenarnya jika kita gagal membina dan membangunkan manusia secara seimbang. Hakikatnya manusia adalah unsur terpenting dalam sesebuah negara.
Saya ingin mengajak pembaca untuk sama-sama berfikir mengenai perkara ini kerana saya dapati ada pertentangan yang amat nyata sedang melanda negara kita. Kerajaan UMNO berusaha sedaya upaya membina dan membangunkan negara bangsa manakala kumpulan yang dipimpin oleh DAP bersungguh-sungguh mahu meruntuhkannya.
Kerajaan pimpinan UMNO berjaya mendirikan banyak sekolah menengah kebangsaan agama di seluruh negara. Begitu ramai doktor yang warak dan jurutera yang berakhlak dilahirkan bermula di sekolah-sekolah ini. Orang yang bekerja dengan agama menjadi landasan pasti akan menjadi pekerja cemerlang. Kadar kemiskinan dapat dikurangkan secara beransur-ansur.
Hampir tiada kemiskinan tegar dikesan dalam negara. Dalam keadaan ekonomi dunia yang semakin parah, Malaysia masih menjadi tumpuan pendatang asing kerana mereka boleh membina kehidupan di sini. Umumnya rakyat hidup bebas dan selamat termasuk pemimpin pembangkang yang sudah bertahun-tahun mendakwa terancam dan mahu dibunuh.
Ini semua adalah kesan pembangunan seimbang yang saya maksudkan. Ini semua adalah hasil usaha kerajaan yang ditunjangi UMNO. Banyak jasa dan budi telah ditabur kepada rakyat termasuk kumpulan pimpinan DAP yang saban hari meracuni pemikiran rakyat. Saya merasakan bahawa masanya telah sampai untuk UMNO khasnya mula menyebut dan menerangkan kepada rakyat apa yang telah dibuat selama ini.
Rakyat terutama orang Melayu mesti dikejutkan dengan kebenaran bahawa bukan semua kerajaan sama seperti kerajaan UMNO/BN.Semua pemimpin UMNO di semua peringkat tidak lagi boleh berfikir untuk menjadi ‘hero baik’ yang sentiasa menyembunyikan kebaikan mereka. Turunlah kepada rakyat, dedahkan apa yang selama ini mungkin rakyat tidak tahu.
UMNO mesti berubah. UMNO perlu pergi kepada rakyat, bukan duduk berharap akan berlaku persefahaman atau kerjasama bersama Pas. Mana mungkin parti besar yang banyak berjasa ini boleh duduk semeja dengan Pas yang kita ketahui telah dijajah. Pas telah dijajah dan tidak akan mampu membuat keputusan.
UMNO usah bimbang. Rakyat sedang memerhati dan menilai. Lebih penting, Allah juga melihat dan menilai. Pasti Allah tidak akan menolong mana-mana golongan yang menjual agamanya dengan harga yang rendah.Dalam masa yang sama, pemimpin dan ahli UMNO juga mesti berani menilai diri. Hasil penilaian itu buatlah penambahbaikan. Percayalah, kebenaran pasti akan menang.
Wallahuallam.