Sabtu, 17 Julai 2010

LAWATAN DI RAJA KE DAERAH SELAMA PERAK





Pemangku Sultan Perak,Raja D r Nazrin Sultan Azlan Shah sentiasa perihatin dengan nasib rakyat luar bandar termasu di Selama, kubu Gajah dan Batu Kurau.

Setiap kali berbincang mengenai pembangunan Perak, kawasan-kawasan ini sentiasa diberikan perhatian oleh baginda.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir ketika berucap di hadapan lebih 3,000 tetamu tetamu yang hadir meraikan keberangkatan Pemangku Sultan Perak di majlis jamuan rakyat peringkat Daerah Kecil Selama di padang Majlis Bandaran Selama, tengahari ini.

Dr Zambery turut menyeru rakyat mempertahankan Institusi Raja-Raja beperlembagaan yang telah menjadi teras ketuanan Melayu semenjak turun temurun yang telah berakar umbi dalam sejarah kebudayaan dan adat resam mereka.

Raja Sir Chulan Sultan Abdullah pernah mentadbir Selama 10 maka sebab itu penduduk-penduduk di Daerah Kecil ini tidak seharunya melupakan Allhyarham yang banyak berjasa membangunkan kawasan tersebut.

Menteri Besar juga turut mengumumkan projek Lebuhraya Jelapang-Selama sepanjang 85 kilometer melalui Kubu Gajah dengan kos yang dianggarkan RM 2.5 billion yang sudah pasti akan membawa sinar pembangunan tanah di sekitar kawasan yang terlibat termasuk di Selama, Kubu Gajah dan Batu Kurau.

Projek secara pengswastaan itu akan dikendalikan oleh sebuah Konstorium dan masih lagi di peringkat perbincangan oleh pihak-pihak tertentu.

Di majlis tersebut juga Tuanku Raja Dr Nazrin turut menyampaikan bantuan rumah PPRT kepada beberapa orang penduduk termiskin termasuk hanapiah bin talib daripada Kampung Sungai Jernih dalam DUN Kubu Gajah.

Rumah tersebut bernilai RM 33,000 yang dikendalikan oleh Felcra dan Kemas.

Baginda juga turut menerima persembahan buah tangan daripada Penghulu sembilan Mukim dalam Daerah Larut, Matang dan Selama.

Majlis jamuan makan tengahari yang turut dihadiri oleh Pemimpin pelbagai kaum itu telah diserikan oleh Pancaragam Sekolah Menengah Tun Azlan Shah, Taiping.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah LMS, Datuk Mahmud Murshidi dan keempat-empat Wakil Rakyat dalam Parlimen Larut berakhir dalam suasana penuh ceria dan semangat perpaduan.- Raja Dato Seri Hj. Ahmad Zainuddin