Sabtu, 31 Julai 2010

LING LEONG SICK DI DAKWA - MEMBUKTIKAN KETELUSAN KERAJAAN

Pendakwaan dan tuduhan menipu terhadap Ling Leong Sick (67 )yang terlibat dalam skandal PKFZ yang bernilai RM 4.6 billion telah membuktikan ketelusan kerajaan BN.

Ia boleh disamakan dengan pemecatan Anwar Ibrahim pada tahun 1989 lalu kerana terlibat dengan penyalah gunaan kuasa. Cuma bezanya Anwar melompat gila sebaik sahaja di pecat, ia berbeza dengan Ling yang lebih cool apabila diarahkan melepaskan jawatan Presiden MCA berikutan perebutan kuasa dengan Lim Ah Lek.

Ling dituduh di bawah seksyen 417 dan 418 di bawah Penal Code for cheating.  Jika disabitkan kesalahan Ling  akan dipenjarakan.

Skandal ini merupakan isu besar selepas Perwaja . Penipuan licik ini melibatkan pepimpin parti MCA dan pembangkang cuba mengaitkan dengan Umno. Mahfuz dengan lantang menyatakan Umno terlibat tetapi ia hanya lah tuduhan liar tanpa bukti.

Kita tidak perlu rasis dalam isu ini. Orang Melayu tak reti yang berbelit-belit menipu sebanyak itu kecuali lah Anwar Ibrahim dan Mahfuz Omar yang bijak berkata-kata seperti burung kakak tua.

Seandainya skandal ini melibatkan Anwar sewaktu dalam Umno, sudah tentu Mahfuz akan menuduh pula kerajaan berniat jahat dengan mengaitkan PKFZ dengan Anwar. Itu jawapan standard mereka jika terkena batang hidung mereka.

Pas dan Pkr tidak perlu sibuk dengan isu Ling Leong Sik tetapi perlu melihat, memprotes dan membantah terhadap Dap dalam kes pelahap pasir di Selangor.

Kenapa Pas senyap dan membisu, takut kehilangan sokongan Dap atau  pemimpin Pas telah ditutup mulut oleh Semesta Sdn Bhd.

Begitu juga halnya dengan Prof Dr Azmi Sharom aktivis dan peguam alam sekitar  ke mana anda, bila nak buat talk show bersabit isu lombong pasir.?

Apakah Karam Singh Walia juga sudah karam bersama vest dan mic logo TV3  atau TV3 sudah menjadi jentera Pas. Pkr dan Dap seperti mana yang terdapat dalam Proton, Perodua, Petronas, Telekom dll.