Halimah Hamat, 57, dari Gua Musang, bekerja sebagai tukang sapu di SK. Tengku Muhamad Fakhri Petra, Kelantan maut di tempat kejadian akibat cedera di kepala.
Suami mangsa, Yusuf Che Hamid, 60, tukang kebun di sekolah yang sama mengalami cedera ringan dan dirawat di Hospital Kuala Lipis.
Kereta Proton Pesona dipandu Yusuf dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan sebelum melanggar besi penghadang jalan mengakibatkan besi itu menembusi kereta mangsa.
Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. yang ingin disebut di sini lah keupayaan En Yusuf dan arwah isteri yang mampu memiliki kereta Persona yang harganya sekitar RM 46 ribu hingga RM 57 ribu.
Jika kereta tersebut dihadiahkan oleh anak mereka, ia satu perkara yang murni. Jika mereka sendiri yang membelinya, ia menunjukkan rakyat kita dapat hidup senang walaupun bekerja sebagai tukang sapu dan tukang kebun.
Hanya parti pembangkang seperti Pas dan Pkr sahaja yang lantang mengkritik kerajaan kononnya menipu rakyat dan menindas rakyat.