Ahad, 18 Julai 2010

PANAS! PENGARAH JAKIM PUN PENYOKONG PAS???



Satu lagi berita panas yang agak mengejutkan jugak. Apa nak jadi la dengan Jabatan-jabatan dan agensi kerajaan kita sekarang. Boleh dikatakan semuanya sudah jadi lubuk puak pembangkang dok 'train' ahlul mereka membiak.

Ini lagi satu manusia yang penulis tak berapa nak faham.
...
Selaku Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz sepatutnya seorang yang bersifat bebas daripada politik.

Dan kalau hendak berpolitik sangat pun, pilihan sama ada berhenti daripada Jakim atau pilih untuk menyokong kerajaan yang memberikan peluang kepada dirinya mengetuai Jakim.

Bukan apa yang penulis berbulu sangat dengan Wan Mohamad ni, semalam, ketika satu program anjuran Jakim di Kelantan, Ketua Pengarah Jakim ni siap cium tangan Nik Aziz lagi.

Apa ni...janganlah merepek sampai begini sekali. Siap cium-cium tangan, apa hal lu beb?

Kalau sayang sangat kat Nik Aziz, tinggalkan ajelah Jakim tu dan pergi kerja kat Kelantan.

Kalau tidak, jangan nak buat benda-benda merepek camni.

Suka tak suka, hakikatnya kalau dah duduk di bawah agensi kerajaan pusat, sokonglah kerajaan itu. Jangan hendak retorik dengan berkata "kita demokrasi...kita bebas pilih sesiapa pun untuk disokong".

Hotak kau...cakap-cakap camtu boleh pakai bila sudah tidak mengepalai agensi kerajaan pusat.

Kalau tidak, tangan mana yang tolong sampaikan rezeki dari tuhan, tangan itulah yang perlu dicium.

Kalau tak nak...silakan berambus.

Nampaknya Jakim perlu pembersihan daripada puak-puak PAS.

Sebelum ini kecoh Proton menjadi lubuk penyokong PAS...nampaknya dengan Ketua Pengarah camni, Jakim pun dua kali lima jugaklah.

Budaya duduk dalam agensi-agensi penting kerajaan pusat tetapi cenderung kepada pembangkang ini perlu disekat bermula sekarang.

Budaya ini tidak boleh dibenarkan untuk terus bercambah.

Ramai lagi yang benar-benar menjiwai semangat kerajaan yang ada hari ini dan mereka-mereka ini bila-bila masa sahaja boleh ambil tempat orang macam Wan Mohamad ini....as simple as that!

Ramai lagi penyokong kerajaan yang boleh ambil alih tempat Wan ni.. jangan tanggung risiko, nanti makan diri. Penyokong Pas pasti akan mempersoalkan kenapa isu ini dimainkan. Apa masalahnya jika beliau mencium tangan Nik Aziz. Tetapi mereka lupa bahawa Pas juga pernah mengkritik hebat apabila salah seorang CEO mencium tangan Najib semasa bersalam...sekarang apa masalahnya jika bloggers pulang paku buah keras.?

Sumber : Malaysia Instict
credit to : satu hala & Kedah to KL blog