Sabtu, 17 Julai 2010

PAS MERATAP ATAS KEMATIAN BENG HOCK- NAK BUAT TAHLIL KER?

Harakah meratap dan bersedih kerana genap setahun kematian Teoh Beng Hock yang menemui ajalnya di Plaza Masalam,

Pagi tadi, sebahagian daripada ahli keluarga mendiang sambil membawa jambangan bunga dan peralatan sembahyang yang turut dihadiri kalangan wakil rakyat Pakatan Rakyat hadir di tempat kejadian untuk memperingati dengan memberi penghormatan kepada pembantu politik dari DAP itu.

6 orang sahaja dibenarkan naik ke tingkat lima bangunan itu antaranya bekas majikan beliau, Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ke tempat Beng Hock dijumpa tertiarap tidak bernafas.

Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, Ahli Parlimen Puchong yang juga seorang peguam kes, Gobind Singh Deo, Exco Selangor Teresa Kok, Dr Xavier Jayakumar dan Ronnie Liu serta lebih 50 lain.

Eloklah Pas majlis khas untuk memperingati kematian tersebut sebagai tanda simpati.