Rabu, 7 Julai 2010

PEMBANGUNAN KESIHATAN PERAK

Hospital Baru Taiping Perak
TAIPING: 6 Julai 2010- YAB Dato seri Dr Zambry Abdul Kadir memaklumkan perancangan dalam bidang kesihatan di Perak melalui RMK 10. Perak telah memohon dan menjangkakan akan mendapat respon yang positif untuk pembangunan Hospital Parit Buntar yang bernilai melebihi RM 100 juta.

Sebuah lagi hospital di Perak Tengah yang juga dapat dibangunkan dalam RMK 10. Hospital Tuanku Bainun telah pun mendapat kelulusan untuk dibesarkan dengan perbelanjaan tambahan sebanyak RM 300 juta.

Ini adalah beberapa projek besar yang boleh menjadi ikon kepada rakyat yang dapat kita bangunkan di Perak.

Kita juga mencari ruang untuk mewujudkan hubungan dengan institusi pendidikan ternama dari luar  ternama diluar negara. Hari ini kita telah saksikan satu lagi bentuk perjanjian dan juga peluang menjadikan Perak salah satu negeri yang mempunyai kemudahkan yang terbaik kepada pelajar perubatan. Hospital Taiping  telah terpilih oleh ACMS dan rakan kongsi mereka dari Ireland.

Kita sedia maklum bahawa pengajian bidang perubatan di Ireland merupakan salah satu yang terbaik. Untuk mereka memilih sesuatu tempat untuk melatih pelajar mereka maka mereka perlu mencari tempat yang berkualiti.

Hospital Taiping juga telah mendapat peruntukan tambahan sebanyak RM 189 juta untuk menaik taraf hospital tersebut. Blok-blok tambahan seperti dewan bedah, ICU, NICU, parking lot bertingkat, dewan seminar dan lain-lain yang bersesuaina dengan keadaan semasa.

Mengenai idea untuk menambah bilangan klinik 1 Malaysia di kawasan pedalaman. Hari ini di kampung dan pekan-pekan kecil terdapat klinik desa dan ia boleh dinaik taraf menjadi Klinik 1 Malaysia.

Ini bergantung kepada persetujuan Kementerian Kesihatan dan ia akan melibatkan sumber tenaga tambahan dan kos tambahan. Hari ini sambutan rakyat terhadap klinik 1 Malaysia amat membanggakan dan keperluan untuk menambah bilangan  tetap ada.