Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan belum membuat sebarang keputusan berhubung permohonan peruntukan sebanyak RM1 bilion oleh MCA bagi menampung kos ...pembangunan dan operasi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di negara ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, perkara tersebut masih dalam peringkat perbincangan antara MCA dan kementeriannya."Kita telah adakan perbincangan tetapi belum selesai jadi yang dinyatakan oleh (Presiden MCA) Datuk Seri Chua Soi Lek telah dikemukakan kepada saya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.
Semalam, Soi Lek mengumumkan partinya akan memohon peruntukan sebanyak RM1 bilion daripada kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bagi menampung pembangunan dan operasi SJKC di seluruh negara.Soi Lek berkata, berbanding sebanyak RM350 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), tambahan peruntukan diharapkan dapat membangunkan semua SJKC demi kepentingan pendidikan anak-anak kaum Cina.
Katanya, permohonan itu belum dapat diputuskan kerana kementeriannya masih belum mengetahui berapakah peruntukan yang bakal diterima dalam RMK-10 akan datang. "Kalau ikut keputusan, dia punya siling (peruntukan) macam juga RMK-9, itu umum, jadi belum pasti berapa kementerian saya akan dapat," jelasnya.Katanya, tiada sebarang masalah untuk MCA membuat tuntutan dan permohonan kerana ianya hak parti itu manakala kerajaan akan membuat pertimbangan sebaik mungkin.