Isnin, 19 Julai 2010

SATU PERSATU KAMPUNG TRADISIONAL MELAYU DI PULAU PINANG BAKAL HILANG

Kerajaan Demokratik Sosialis ala Komunis diPulau Pinang akan menghilangkan terus kampung-kampung tradisi melayu dan sebaliknya mengekalkan rumah-rumah lama kaum Cina di bandar-bandar dalam pulau tersebut.

Rumah-rumah kedai yang berusia lebih daripada 50 atau 100 tahun walaupun menyakitkan mata memandang akan terus dipertahankan oleh kerajaan LGE.

Hari ini satu persatu rumah dan kampung-kampung melayu akan dihapuskan dan digantikan dengan perumahan moden yang mewah dan mahal. Rakyat marhaen jika tak mampu membeli hartanah tersebut boleh merambus dari pulau tersebut.

Kampung Buah Pala, Kpg Pokok Assam, Kampung Dodol, Kpg Binjai akan hilang terus dari peta dunia.

7 Julai lepas LGE telah merasuah blogger Din Binjai dengan pingat PJK, semata-mata untuk menutup mulutnya supaya tidak bising dan tidak mengkritik kerajaan LGE yang bakal melenyapkan kampung Din Binjai.

Dap dan Pas menyalahkan BN dan Koh Tsu Khoon kononnya penghapusan kampung Melayu dilakukan semasa kerajaan BN bukan Dap.

Mudah sungguh meletakkan kesalahan kepada BN pada hal mereka lah yang rancak dan ghairah  menghapuskannya. Adakah Dap bersikap membela rakyat?

Kenapakah mereka membiarkan pemaju meneruskan projek mereka, tidakkah kerajaan LGE berkuasa untuk menamatkan semua projek.? bullshit!!!

Kepada pengundi PR lalu, menangis air mata darah pun tak berguna lagi, nasi sudah menjadi bubur, semuanya musnah gara-gara pensil 2B dan sehelai kertas .