Sabtu, 31 Julai 2010

SELEPAS FELDA MAZLAN ALIMAN 'CELAKA' MENYERANG FELCRA PULA


Himpunan Felcra tetap diteruskan
Nazri Abdullah   
PASIR SALAK, 31 Julai: Himpunan Warga Felcra Peringkat Kebangsaan di Felcra Bandar Seberang Perak tetap diadakan biarpun beberapa berita pembatalan program mula disebarkan pihak-pihak tertentu.

Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, berita pembatalan yang disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas SMS hari ini adalah tidak benar sama sekali.

"Program tetap diteruskan dan kita tak pernah membatalkannya.

"SMS yang tersebar itu adalah tidak benar dan cubaan pihak tertentu menghalang rakyat dari hadir ke program kita," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Menurutnya, selain SMS, berita pembatalan juga disiarkan melalui stesen radio RTM negeri hari ini.

Pihak polis juga jelasnya telah mengeluarkan arahan supaya rakyat tidak menghadiri himpunan tersebut kerana didakwa tiada permit.

Mazlan bagaimanapun bertegas program tersebut tidak menyalahi undang-undang kerana dibuat ditanah persendirian milik seorang ahli PAS di kawasan tersebut.

Penganjur juga sebelum ini telah dua kali memohon permit dari pihak polis namun ditolak.

Himpunan tersebut bermula malam ini bertempat di Felcra Bandar Seberang Perak (Changkat Lada) dianjurkan oleh Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Sebelum ini penganjur himpunan tersebut telah menerima pelbagai ugutan agar membatalkan program tersebut.

Peserta Felcra pula diberi amaran agar tidak menghadiri program tersebut.

Semalam, Felcra menggunakan masjid di sekitar Pasir Salak memberi amaran kepada peneroka bahawa mereka akan ditangkap jika terlibat dengan himpunan tersebut.

Semalam juga Pengerusi Felcra, Datuk Tajuddin Abdul Rahman memberi amaran  mengeluarkan kenyataan mahu menyaman penganjur jika program ini memfitnah Felcra.

Ekoran amaran terbaru itu juga, Anak menjemput Tajudin untuk bersama dalam himpunan tersebut.