Dalam Islam, Judas Iscariot (Yudas pengkhianat) telah dianggap  sebagai pengkhianat kepada Nabi Allah Isa a.s. (Jesus Christ). Hal ini  kerana atas tingkah lakunya yang telah melakukan khianat kepada Nabi Isa  dan pengikutnya. Islam juga menegaskan bahawa Yudas yang sebenarnya disalib dan  bukannya Nabi Isa.
 Kisah pengkhianatan Yudas dalam Islam adalah digambarkan bermula dari  sifat Yudas yang mudah tertarik kepada tawaran royalti sebanyak 30  keping perak sekiranya dapat memberitahu tempat persembunyian Nabi Isa  dan kaum Al-Hawariyun (12 sahabat Rasullullah Nabi Isa) kepada imam-imam  kepala Yahudi. 
Pada malam selepas Nabi Isa dan kaum Al-Hawariyun  menjamah hidangan moreh terakhir dalam peristiwa Santapan Terakhir. Baginda (Nabi Isa) telah membawa kaum  Al-Hawariyun untuk bertahannuth, bertaqarrub dan bertasbih kepada Allah  SWT di Taman Gethsamani, Baitumuqaddis. 
Tidak beberapa lama kemudian,  Nabi Isa telah menerima kedatangan Judas Iscariot bersama dengan bala  tentera Rom yang berada di luar taman, Yudas yang masuk kedalam taman  lalu segera datang menghampiri Nabi Isa dan membisikkan sesuatu kepada  Nabi Isa (diriwayatkan dalam bisikan itu Yudas mengatakan kepada Nabi  Isa dengan perkataan "Salam sejahtera wahai Rasullullah" dalam bahasa  Ibrani).
  
Sejurus selepas itu Allah Yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana telah  menukarkan raut wajah Yudas agar seiras dengan wajah Nabi Isa sekaligus  mengangkat Nabi Allah Isa ke langit. Yudas yang tidak tahu mengena  tentang perihal itu telah keluar daripada taman lalu terus ditangkap  oleh bala tentera Rom yang menunggu di luar taman. 
Dalam kejadian itu  Yudas mengatakan yang dia bukan Nabi Isa yang dimaksudkan tetapi  pernyataannya itu langsung tidak dihiraukan. Anggota Al-Hawariyun yang  melihat peristiwa itu bertempiaran lari membawa diri sendiri.
Selepas kejadian itu, Yudas telah ditangkap dan dibawa ke muka  pengadilan, namun dia tetap berkeras yang mengatakan yang dia bukannya  Nabi Isa yang dimaksudkan. Bangsa Israel, imam-imam kepala Yahudi, dan  anggota kesatria Rom telah menolak pernyataan Yudas dan menetapkan agar  Yudas disalibkan.
Pada hari penyaliban, Yudas telah didera, dicemuh dan dihina oleh  kaum Israel, keadaan dia menjadi gila dan dia tidak siuman lagi.  Sehinggalah dia telah disalibkan di kayu salib lalu dia berkata "Eli-Eli  Lammasabacthtani" maksudnya Allah Allah mengapa Kau tinggalkan aku".  Sesungguhnya Allah tidak akan meninggalkan hambanya itu sesuka hati  tetapi hanya sebagai balasan kepada perbuatan buruk orang yang  mengkhianat RasulNya.
  
Al-Quran  ada menerangkan dalam surat An Nisaa':157 bahawa Nabi Isa tidaklah  dibunuh mahupun disalib oleh orang-orang Kafir. Adapun yang mereka salib  adalah orang yang bentuk dan rupanya diserupakan oleh Allah SWT seperti  Nabi Isa as.(sebahagian ulama berpendapat orang yang diserupakan adalah  muridnya yang mengkhianatinya yang bernama Yudas Iskariot, tetapi nama  sebenar murid tersebut tidak dinyatakan dalam Al-Quran)
"dan kerana ucapan mereka: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al  Masih, Isa putera Maryam, Rasul Allah", padahal mereka tidak membunuhnya  dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang  yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. 
Sesungguhnya orang-orang yang  berselisih paham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam  keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan  tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka,  mereka tidak (pula) yakin bahawa yang mereka bunuh itu adalah Isa". (An  Nisaa' : 157)
