Muhyiddin berkata, perpaduan dalaman parti perlu terus diperkukuhkan kerana parti berada dalam situasi mencabar berikutan berlaku perubahan ketara dalam senario politik negara terutama dengan mengambil kira keputusan dan suasana luar biasa selepas pilihan raya umum lalu.
"Kalau ada isu dan rasa tak puas hati, tersinggung atau dipinggirkan, apa saja perasaan dan sentimen yang merenggangkan hubungan dan memberi impak kepada usaha memperkukuhkan parti, hal sebegini perlu diselesaikan secepat mungkin.
Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Setiu, Datuk Mohd Jidin Shafie yang juga Ahli Parlimen Setiu; Setiausaha Perhubungan Umno negeri, Datuk Tengku Putera Awang dan Ketua UMNO Besut, Datuk Seri Idris Jusoh.
Bagaimanapun, empat wakil rakyat UMNO dalam Parlimen Setiu iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Khazan Che Mat yang juga Ketua Pemuda; Adun Langkap, Asha'ari Idris (Timbalan Ketua Bahagian), Adun Permaisuri, Abd Halim Jusoh (Naib Ketua) dan Adun Jabi, Ramlan Ali tidak hadir pada majlis itu.
"Muhyiddin berharap masalah di kawasan itu dapat diselesaikan dalam tempoh sebulan."
Muhyiddin berkata, adalah menjadi kewajipan dan tanggungjawab semua pihak sama ada di peringkat pimpinan dan akar umbi untuk mengekalkan hubungan baik dan mencari jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang timbul.