Sabtu, 17 Julai 2010

BILA KOPI BERKOCAK DI DALAM CAWAN.

Badan Perhubungan UMNO Kedah akan menyelesaikan secara rundingan dengan pihak terbabit dalam masa terdekat ini berhubung kekecohan semasa mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Sungai Petani, Ahad lalu.

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kes akan diserahkan kepada Majlis Tertinggi jika Umno negeri gagal menyelesaikannya.

Mesyuarat perwakilan itu kecoh apabila sebahagian besar perwakilannya menolak kepimpinan ketua bahagian itu, Ali Yahya, dan tidak memberi peluang kepadanya untuk berucap pada majlis perasmian itu.

Suasana tegang tercetus apabila berlakunya keajdian tolak-menolak dan bertikam lidah antara perwakilan dengan penyokong ketua bahagian itu. Bagaimanapun, situasi kembali reda apabila Ali dibenarkan menyampaikan ucapan penangguhannya.