Jumaat, 27 Ogos 2010

Bantuan Fakir Miskin dan Anak Yatim Dato Shalimin Ketua Umno Taiping

Bertempat di Masjid Jamek Kampung Boyan Taiping petang semalam, Dato Shalimin Ahmad Shafie dengan rasa rendah hati telah meyampaikan bantuan kepada penduduk-penduduk miskin dan anak yatim di kawasan Parlimen Taiping. Seramai 260 fakir miskin warga emas yang uzur dan 16 anak yatim telah menerima sumbangan sebanyak RM 150 seorang. Ia melibatkan peruntukan melebihi RM 40 ribu ringgit.

Selesai majlis penyampaian bantuan, penerima bantuan dan tetamu yang hadir bertahlil, selepas berbuka semua penerima bantuan dan tetamu yang hadir menunaikan solat Maghrib. Turut hadir dalam majlis ini ialah Ketua Polis Taiping P/ACP Yusuf Mohd Diah.

Dua bulan lalu lebih 300 mangsa ribut menerima bantuan peribadi yang sama daripada beliau. Dato Shalimin merupakan Ketua Bahgagian Umno Taiping yang telah diberi mandat oleh ahli Umno Taiping untuk memegang tampuk pentadbiran Umno 2008-2011.


Bapa kepada Dato Shalimin adalah seorang arkitek Melayu yang terkenal di Taiping sejak belum merdeka lagi.

Bapa beliau pernah menceritakan kepada TM kisah orang kaya Batu Kurau bernama Hj Sidek yang berjumpa beliau untuk membuat pelan bangunan kedai batu yang pertama di pekan itu.

Kata Hj Ahmad Shafie lagi "Arwah Haji Sidek simpan duit dalam tin roti, penuh satu tin untuk buat kedai tu". Hari ini kedai batu tersebut masih ada lagi di Batu Kurau dan disewa oleh tauke pajak gadai dah berpuluh tahun macam kedai tu dia yang punya. Faham lah mana satu kedai yang dimaksudkannya.

Haj Ahmad juga merupakan Melayu Taiping yang pertama beli kereta mercedes baru koyak plastik pada tahun 60an.


View Larger Map
Bagi menjawab soalan pembaca;
Majlis di adakan  di dewan serbaguna bahagian bawah masjid, di sebelah kanan nya ialah perpustakaan yang dibangunkan oleh jawatan kuasa masjid. Masjid ini bebas daripada pengaruh politik Pas.  Dewan solat di tingkat satu hanya untuk solat bukan untuk ceramah politik seperti yang dilakukan oleh pembangkang.

Dalam majlis tersebut tidak ada ucapan-ucapan politik.  Dato Shalimin juga bukan wakil rakyat. Wang yang digunakan adalah wang  peribadi beliau, makanan untuk majlis berbuka puasa juga adalah wang hasil titik peluh beliau .

Tak ada kaitan dengan beras yang disebutkan oleh pembaca. Itu projek lain. TM faham akan program yang disebut beliau dan ia terpaksa ditangguhkan kerana borang permohonan tidak telus, setelah disiasat terlalu ramai yang menipu fakta untuk dapat beras free.

Masjid ini juga tak buat kerja macam masjid yang jawatankuasa dirampas oleh Pas. Tak pernah jemput mana-mana ahli politik datang untuk bagi ceramah politik atau tazkirah politik seperti yang berlaku sekarang.  Tahniah kepada jawatankuasa yang berjaya menjaga masjid dengan baik daripada menjadi rampasan Pas seperti masjid Kg Expo Kamunting.

Memang pun pihak Pas berhajat sangat untuk menawannya kerana masjid tersebut mempunyai prasarana yang baik dan tanah atau kawasan yang luas. Kalau dapat kepada Pas hari-hari boleh buat ceramah politik. atau jika ada PRU atau PRK mereka boleh pasang khemah untuk menempatkan seribu militan mereka untuk berperang. Adakah soalan tuan terjawab?