Isnin, 16 Ogos 2010

BILA RIBUT MELANDA JASIN MELAKA PAS KATA........................

Jumaat lepas hujan lebat bermula tengah hari di Lembah Kelang, hujan bergerak ke Utara dan ke Selatan. Menyebabkan beberapa kejadian bencana alam yang kecil berlaku di beberapa tempat. Di Sik Kedah berlaku banjir lumpur sedalam 1 meter . Terdapat banyak rumah yang diterbangkan bumbungnya termasuk juga pangsapuri kos rendah di Lembah Kelang dan juga di Johor Bharu.

Paling menyedihkan ialah kejadian ribut di Bazar Ramadhan berhampiran Stadium Jasin, Melaka telah meragut 3 nyawa. Dari segi logik nya kawasan lapang seperti sekitar stadium amat mudah dan terdedah kepada ribut.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Alui Bahari berkata, Monsun Barat Daya, yang berlaku dari Mei hingga September di Semenanjung Malaysia akan mengalami kejadian ribut petir yang kadangkala boleh mengakibatkan kerosakan harta benda.

Yang paling mengaibkan ialah minda orang Pas yang mengaitkan dengan usaha kerajaan untuk membuka sekolah bagi menempatkan pelajar perempuan yang mengandung anak luar nikah. Menurut orang Pas apa yang berlaku di Jasin adalah bala yang tuhan turunkan kepada kerajaan Melaka.

Begitu mudah dan capoinya mulut orang Pas ni...mereka lupa bahaya negeri Kelantan setiap tahun banjir, hujan tanpa henti dan banyak meragut nyawa penduduk, tidak pula dikaitkan dengan bala.

Banjir besar di Sik Kedah tidak pula dikaitkan dengan bala tuhan. Kenapa Melaka sahaja yang menjadi sasaran cacian Pas? Pelik sungguh perangai dan sikap orang yang berwatak Islam tetapi akal pendek.