Dah dapat taraf warga negara kena lah baca ikrar taat setia kepada Raja dan Negara |
Penganugerahan itu juga membabitkan sebahagian kanak-kanak berumur kurang 21 tahun yang secara rasminya kini berstatus warganegara Malaysia.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong, berkata kementerian itu menerima 29,677 permohonan mendapatkan taraf kewarganegaraan Malaysia bagi tempoh 2007-2009.
Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 14,179 permohonan sudah diluluskan manakala bakinya iaitu 15,498 kes sedang diproses untuk kelulusan.
“Bagi tempoh 2007- 2009, kita menerima 29,677 permohonan untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan Malaysia, dan setakat ini KDN sudah meluluskan 14,179 permohonan manakala bakinya sedang diproses untuk kelulusan yang dijangka selesai penghujung tahun ini.
“Tahun ini, kementerian menganugerahkan taraf kewarganegaraan kepada 132 pemohon di Perak selepas kerajaan berpuas hati dan yakin bahawa mereka layak secara fikrah, sosio ekonomi, akal budi, percaya dengan nilai ketuhanan, sedia bersetia kepada Raja dan Negara, mengiktiraf keluhuran Perlembagaan, menghormati undang-undang dan menghargai kesopanan dan kesusilaan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penganugerahan taraf kewarganegaraan Malaysia di Kompleks KDN Ipoh, dekat Jelapang, hari ini.
Sementara itu, pemohon yang ditemui merakamkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia kerana menganugerahkan taraf kewarganegaraan kepada mereka.
Mumtaj Malika Mohamed, 45, berkata, beliau datang ke Malaysia pada 1989 dan menanti hampir 20 tahun untuk dianugerahkan taraf kewarganegaraan Malaysia.
Ditemani suaminya, Amir Basha Sheikh Mohamad, 55, pasangan yang menetap di Taman Idris, Ipoh itu, mengakui begitu seronok tinggal di Malaysia yang mempunyai latar belakang rakyat pelbagai bangsa dan agama.
“Isteri saya tiba dari India pada 1989 dan berkat usaha dan kesabaran kami menanti, isteri saya kini adalah sebahagian daripada warganegara Malaysia,” kata Amir dengan nada gembira.
Keceriaan juga jelas terpancar di wajah Puspavali Tarmalingam, 55, apabila permohonannya diluluskan kerajaan Malaysia tahun ini.
“Saya tiba dari India pada 1979 dan akhirnya penantian saya selama ini sudah berakhir hari ini apabila menerima penganugerahan taraf kewarganegaraan Malaysia.
“Lebih manis, ia dapat dikongsi bersama suami dan saya berikrar akan taat kepada Raja dan Malaysia,” kata bekas pekerja pembersihan dari Taiping itu.
TM cuma nak ingatkan kepada mereka yang bertaraf warganegara supaya tidak terjebak dengan gerakan anti kerajaan. Jangan terlibat dengan Hindraf dan juga parti pembangkang. Mereka hendaklah taat setia kepada Raja dan perlembagaan . Taat setia sampai ke anak cucu. Hari ini ramai warga negara yang asal dari India, Sri Lanka dan juga tanah besar Cina sudah lupa janji dan taat setia mereka kepada Raja. Ingatlah dato nenek mereka dahulu sudah berjanji sebelum mendapat taraf kewarganegara...tetapi anak cucu mereka hari ini telah menyokong komunis.
Di Taiping TM mengenali satu keluarga India Muslim yang sudah lama berhijrah dari India dan membuka perniagaan makanan (restoran) Sebelum mendapat taraf warganegara , bukan main baik dengan wakil rakyat BN.
Apa juga bantuan untuk aktiviti Umno semua dia sponsor. Malangnya selepas dapat apa yang dihajatinya, hari ini dialah penyokong kuat Pas/ Dap/Pkr.