Isnin, 9 Ogos 2010

MINDA KAKITANGAN KERAJAAN PERLU DI DOBI..

Kakitangan kerajaan dan badan-badan berkanum wajar diberi kursus baru untuk membetulkan persepsi yang salah oleh mereka terhadap Kerajaan Persekutuan.

Secara puratanya 80 peratus mereka menyokong pembangkang kerana minda mereka telah disogok dengan pelbagai tohmahan dan dakyah politik pembangkang terutama Pas dan Pkr .

Rata-rata Pkr adalah mereka yang terus sesat dalam Semangat 46 dan kebanyakan mereka dalam S46 pun bukannya dari Umno tetapi adalah desparado yang kecewa dan gagal dalam mencaturkan perjalanan hidup mereka.

Kesemua kakitangan kerajaan perlu disediakan modul untuk membolehkan mereka berfikir secara kreatif dan kristis, ajar mereka berfikir secara logik. Satu ketika pemikiran Edward De Bono melalui leteral thinking dan parallel thinking menjadi sangat penting dalam kursus dan seminar tetapi hari ini ia semakin dilupakan.

Mungkin ada idea-idea baru daripada pemikir-pemikir tempatan boleh diketengahkan untuk menjadi satu pilihan bagi membetulkan pemikiran mereka yang sudah terpesong akibat hentakan dan goncangan kuat terutama oleh Nik Aziz dan Anwar Ibrahim.

Di Perak sekarang melalui Institut Darul Ridzuan, satu usaha telah dilakukan oleh Dr Zamry untuk memberi penerangan dan pendekatan yang betul kepada rakyat dan kakitangan kerajaan melalui konsep blueprint  Perak Aman Jaya.

Sabtu lalu Umno Taiping telah merealisasikannya dengan kerjasama Koridor Wilayah Utara dan ia berjaya mengubah minda dan penerimaan rakyat terhadap pentingnya perlaksanaan Koridor Utara tersebut.  Walaupun 20 peratus kejayaan yang dicapai melalui program separuh hari, adalah diharapkan dalam jangka masa panjang ia dapat memberi kesan yang positif.

Koridor Utara telah diperkenalkan awal 2008 telah ditentang hebat oleh pembangkang tetapi setelah mereka menguasai Pulau Pinang dan Kedah, mereka lah yang mendesak Kerajaan Persekutuan mempercepatkan urusan-urusan dan projek-projek NCER disegerakan. Dulu nampak tak betul, tetapi sekarang dalam tak betul masih memohon itu dan ini.

Minda sebeginilah yang perlu diperbetulkan agara rakyat tidak terus diperbodohkan oleh mereka yang ingin berkuasa  tetapi gagal dalam pemerintahan dan pentadbiran. Contoh ketara ialah kegagalan Lim Guan Eng dan Dr Azizan dalam menyatupadukan kaum, mengimbang ekonomi kaum-kaum lain dengan bumiputera, keadilan dan hak-hak istimewa kaum melayu dan sebagainya.

YB Dato Shabery Cheek Menteri Belia dan Sukan mendedahkan bahawa pembangkang membelanjakan RM20 juta untuk mempengaruhi minda pelajar-pelajar Malaysia di Asia Barat agar menyokong mereka.

Apabila kembali ke tanah air, ramai diantara mereka diambil bekerja sebagai penjawat awam oleh kerajaan dan mereka inilah menjadi nadi dan penggerak utama penentang kerajaan dari dalam, mereka jugalah yang menjadi pengkhianat dan  menggagalkan usaha kerajaan untuk memberi perkhidmatan yang baik kepada rakyat.

Sebagai contoh, pada sambutan hari guru 16 Mei lalu, Menteri Besar Perak YAB Dr Zambry Abd Kadir telah mengutuskan kad ucapan selamat hari guru kepada semua guru di Perak sebagai tanda penghormatan atas jasa warga pendidik, akan tetapi ramai guru-guru yang memijak dan meludah kad tersebut, ada yang menconteng dan membuang ke dalam tong sampah, ada juga yang tak ambil kad  dan dibiarkan di pejaba.  Mereka ini bukan sebarangan guru, mereka lulusan universiti yang mendapat subsidi kerajaan, menjadi guru pakar, guru cemerlang dan berpendapatan tinggi. 

bersambung...