Sabtu, 21 Ogos 2010

DAP SEMAKIN BAHAYA

Dap adalah sebuah parti politik berteraskan demokratik sosialis yang ditubuhkan pada Oktober 1965 dan didaftarkan secara rasminya pada 18 Mac 1966.

Penubuhan Dap adalah untuk membalas dendam terhadap Tunku Abdul Rahman yang menyingkirkan Singapore daripada Malaysia.  Kekecewaan Lee Kuan Yew untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia telah menyebabkan utama tertubuhnya Dap.

Cuma yang peliknya Pas menuduh Umno menjual Singapore kepada Cina. Pas patut tahu bahawa Lee Kuan Yew sangat bijak dalam percaturan politik. Sepatutnya Singapore sebagai sebuah negeri Selat sama seperti Pulau Pinang dan Melaka hendaklah sama-sama merdeka dengan Malaysia pada tahun 1957 dan LKY hanya berjawatan sebagai Ketua Menteri sahaja.