Isnin, 30 Ogos 2010

Dikomen oleh ALGHAIB , August 06, 2010

Kami dalam PAS bukanlah berjuang untuk PARTI, bukan berjuang untuk PAS. Kami bila-bila boleh keluar PAS kalau kami dapati PAS sudah keluar dari perjuangan ISLAM. Malah kami bukanlah berjuang untuk kami dan kroni sahaja. Kami berjuang untuk Islam. Misi kami menegakkan Negara Islam, dan dengan politik Islam itu kita bina bersama untuk kesejahteran semua rakyat tidak kira apa faham politik, tidak kira bangsa dan Agama.

Fahamilah politik Islam, untuk kesejahteraan UMMAH, bermaksud rakyat dan sesiapa juga termasuklah flora dan fauna.

Islam akan membawa keselamatan seisi alam. Allah yang memberi rahmat kepada seluruh alam. Allah yang memberikan nyawa, yang menjadikan oksigan, yang menjadikan semua hidupan boleh hidup melakukan segalanya menurut keupayaan masing-masing.

Kami berjuang bukan untuk kekayaan, tetapi untuk kesejahteraan. Kami boleh berdamai kiranya ruang dakwah terbuka luas. Jangan menzalimi kami dengan berbagai kerenah. Jangan sekat perjuangan Islam dengan kezaliman yang melampau. Kalau orang lain tidak mahu terima Islam, kami tetap sabar, lihatlah sudah lebih 50 tahun kami berjuang dan bersabar, tetapi kezaliman bukanlah cara menghapuskan perjuangan Islam.

Sesiapa sahaja kami jemput untuk berdamai, bersatu. Politik tiada hal, tetapi "manusia dan jin dijadikan Allah untuk beribadah kepadaNya". Itu tugas yang Allah berikan kepada kami, menyampaikan tazkirah untuk kebaikan dan kesejahteran UMMAH. Tugas untuk menggamit UMMAH mendirikan pemerintahan menurut HUKUM ALLAH untuk kesejahteran SEISI ALAM.

Berbaik dengan UMNO, bersatu dengan UMNO untuk mengendurkan konflik, itu perkara kecil tetapi untuk apa? Apa motifnya? Adakah kerana konflik itu sahaja? Sedangkan selepas itu, ruang dakwah dihapuskan dan digantikan dengan judi, rasuah dan arak?

Malah kami boleh keluar dari PAS kalau UMNO terima Islam dan tidak berkelakuan seperti MUNAFIQIN.

MAAF - WASSALAM - tak boleh tulis panjang, nanti boring pula. ISLAM ADIL UNTUK SEMUA, ALLAHU AKBAR.