Hasrat Dan Cadangan Memisahkan Pulau Pinang Sebagai Wilayah Autonomi Dan Perpecahan Malaysia..
Grand Design untuk memisahkan Negeri Pulau Pinang seperti mana berlakunya kepada Singapura dalam proses pembikinan,DAP sanggup untuk melakukan apa saja demi mencapai hasrat agar dapat kembali bersatu bersama PAP.
Sudah ada ura ura untuk memisahkan Pulau Pinang daripada kerajaan pusat semata mata kerana isu perbalahan Ketua Menteri dan SDO Nik Ali. Dalam perbincangan sulit mereka ada yang membincangkan tentang pemisahan negeri dari kerajaan Pusat dan mengkaji dalam bentuk apakah Singapura boleh membantu Pulau Pinang jika mereka berjaya mendapat autonomi.
Usaha mereka ke arah itu sudah di rancang sejak begitu lama,mereka tidak berani membuat kenyataan secara terbuka,tindakan dan segala perancangan terlalu banyak yang tersirat hinggakan rakyat gagal melihat perancangan mereka.
Salah satu bukti sepertimana yang disiarkan oleh malaysiakini sememangnya ada sentimen yang disemai kearah perpisahan Pulau Pinang
The recent spat between the Penang chief minister and the State Development officer brought to light an issue that most people think about but dare not suggest: autonomy for Penang.
Tanda tanda kearah itu cukup banyak,yang cukup jelas apabila Universiti Nanyang akan membuka cawangan di Balik Pulau,apa rasionalnya sebuah universiti ultra kiasu yang hanya terletak di selatan semenanjung mahu dibina cawangannya di Pulau Pinang?Sudah tidak cukupkah kampus universiti tempatan?
Pecah dan perintah adalah salah satu taktik yang sedang dijalankan seperti mana saranan Menteri Mentor Lim Kwan Yew kepada Guan Eng. Hal ini benar benar berlaku,apabila DAP melakukan rezoning pengundi. Mana mana kawasan yang punyai pengundi melayu yang ramai akan dipisahkan,malah pengundi cina akan dimasukkan kekawasan pengundi melayu bagi mengurangkan peratusan,ini memudahkan mereka dijadikan sebagai pengundi penentu kepada kawasan melayu.
Contoh yang paling hampir adalah di kawasan Batu Maung,majoritinya pengundi kawasan ini adalah orang melayu, namun sekarang ini perpindahan pengundi cina amat drastik dan meningkat tinggi. Ini semata mata untuk dijadikan bargaining chip supaya pemimpim melayu yang bertanding dikawasan itu untuk tunduk dan mengikut arahan mereka.
Pisau ada menulis mengenai grand design menghancurkan negara Malaysia dan perkara ini benar benar berlaku apabila Anwar Ibrahim pernah menyatakan di dalam satu ceramah di Sarawak agar memberi kemerdekaan kepada negeri itu jika pakatan berjaya menang,dan yang terkini Jefry Gapari Kitingan turut mencadangkan agar Sabah dan Sarawak dipecahkan kepada 16 negeri.
TM pernah menulis dahulu mengenai cadangan menubuhkan negara Triple S iaitu Sabah , Sarawak dan Singapore. Mereka juga menghasut penduduk peribumi Sabah dan Sarawak supaya memerdekakan bumi Borneo daripada Penjajahan Kerajaan Persekutuan atau Semenanjung atau disebut juga sebagai 2nd Colonial.
Usaha untuk keluar dari Persekutuan Malaysia tidak pernah padam, melalui blog-blog yang dimiliki oleh Native seperti Bidayuh, Kayan, Iban sudah ada suara dan desakan agar penduduk peribumi Borneo bangun dan menyokong usaha mereka untuk menjadi sebuah negara bebas merdeka.
Kini cara yang paling baik ialah dengan menghasut pengundi terutama peribumi supaya menolak kerajaan yang memerintah dan mengundi parti pembangkang. Dap memainkan peranan yang halus dalam menipu penduduk peribumi.
Seandainya penduduk peribumi Sabah dan Sarawak terpengaruh dan terpedaya dengan mainan politik Dap , percayalah seumur hidup mereka akan menangis dengan air mata darah.
Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna. Ingat lah penduduk peribumi Kepulauan Borneo..... Jangan mudah termakan budi dengan agenda komunis sosialis demokratik.