Isnin, 2 Ogos 2010

ISLAM 'PAS' MENYERTAI VIGIL?

Kenyataan TV Pas Selangor menukar nama Vigil menjadi 'Program Nyalaan Lilin'. Agaknya kalau Pas minum Arak pun mereka boleh tukar menjadi  Arak Mangga Harum Manis..

Nyalaan lilin kah, Vigil kah ia tetap salah dari segi agama , apa tah lagi apabila polis tidak membenarkan majlis tersebut.

Latifah Kuya Kuty ternyata bersalah denga menggunakan kedudukannya sebagai ahli majlis meluluskan kawasan awam sebagai kawasan perhimpunan haram. Walaupun mereka meluluskan program tersebut tetapi mereka tidak merujuk kepada PDRM.

Sedih melihat orang Pas menyertai majlis vigil ini....di manakan letaknya keislaman mereka yang selama ini cukup berbangga konon merekalah juara Islam.