“Apa salahnya kalau nama dan konsep bazar Ramadan itu ditukar kepada bazar Iftar (Berbuka Puasa) bagi memberi penghayatan kepada umat Islam bahawa ada dua ketika nikmat bagi orang berpuasa iaitu ketika berbuka dan menyambut Idilfitri,” katanya ketika menyampaikan kuliah mingguan di Dataran Ilmu di sini, hari ini.
Nampaknya Nik Aziz ingin menjadikan bazar Ramadan sebagai tempat santai, melepak sambil berbuka puasa seperti orang Arab di Beirut jika konsep bazar ditukar menjadi bazar berbuka puasa.
Hari ini konsep bazar tersebut amat mudah, ia menjual juadah berbuka dan pengunjung akan membeli dan membawa balik untuk berbuka di rumah.
Bagaimanpun terdapat juga gerai , warung dan restoran yang beroperasi awal bagi menyediakan juadah untuk berbuka puasa. Hotel-hotel di Malaysia telah lama mempromosikan majlis berbuka .
Oleh itu cadangan Nik Aziz tak boleh diterima, ia sudah lapuk dan tidak boleh dilaksanakan. setakat menukar nama sahaja tidak mendatangkan apa-apa impak. Ia boleh lah lah diibaratkan sebagai modal politik murahan Nik Aziz yang kebankrapan idea.