Jumaat, 20 Ogos 2010

Makmum Tahu Perkara Sebenarnya, Jangan Nak Tutup Bangkai lah wahai Pas....

Pelik dan menghairankan, Makmum dalam khairiah masjid telah bising perkara ini dan orang yang paling utama diberitahu oleh masyarakat ialah Dr Zahid Hamidi , Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang.

Ia bertujuaan untuk mendedahkan kecelakaan LGE. Nak tahu siapa punya angkara.Yang Pas melompat macam beruk pasai apa?????? 

Yang bersalah Khatib yang membaca khutbah tersebut. Relak lah Pas....Bukan orang tuduh hangpa buat punn. 

Cuma penduduk pertikaikan dimana teluq hampa bila diperbodohkan oleh LGE. Bagaimana pun Pas melompat mungkin Pas yang menjadi dalang utama dalam perkara ini, sebab itu lah Pas melenting macam cacing kena api. 

Dalam berita Tv , Malik itik serati sibuk menafikannya, munafik sungguh....si itik serati ni....

sila ke blog 'Angin Perubahan' untuk maklumat tepat
Kontroversi Khutbah Hanya Rekaan Umno

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: PAS Pulau Pinang menyifatkan dakwaan bahawa nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin digantikan kepada nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam doa khutbah solat Jumaat di negeri itu hanya satu bentuk kekeliruan jahat yang direka oleh Umno.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Dr Mujahid Yusof Rawa mendak, Umno sengaja menimbulkan isu berkenaan bagi mengelirukan orang ramai khususnya umat Islam demi kepentingan politik parti itu.

"Memandangkan keadaan politik semasa di Pulau Pinang yang agak panas, isu ini sengaja dibuat bagi menimbulkan perasaan marah kepada Guan Eng.

"Kami percaya ini juga adalah taktik kotor yang digunakan oleh Umno untuk menimbulkan kebencian di kalangan orang Melayu terhadap Ketua Menteri itu," katanya kepada mStar Online di sini pada Jumaat.

Beliau berkata dimikian ketika mengulas laporan akhbar hari ini yang memetik Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang sebagai berkata bahawa beberapa masjid di negeri itu dikesan menggantikan nama Tuanku Mizan kepada nama Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat.

Ahmad Zahid juga berkata, pihaknya mengesan perbuatan itu di beberapa masjid di Permatang Pauh, Tasek Gelugor dan Jelutong sejak minggu lalu.

Bagaimanapun Mujahid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat mencabar Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang supaya mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan berkenaan.

"Perkara ini bukan perkara main-main, kalau betul ia berlaku... mereka perlu berikan bukti dengan jelas," katanya.