Tan Sri Nazri Aziz tidak perlu mengungkit isu Bangsa Malaysia kerana ramai rakyat Malaysia pelbagai kaum sudah faham dan menerima konsep tersebut.
Rakyat Malaysia yang berbagai kaum apabila berada di luar negara berbangga apabila mereka di tanya mengenai bangsa mereka. Mereka berbangga menjawab bahawa mereka adalah 'Bangsa Malaysia'. Oleh itu dakwaan Nazri adalah kurang tepat. Bangsa Malaysia sudah melekat disetiap sanubari rakyat Malaysia.
Cuma apabila Anwar menjadi ahli politik berwatak antagonis dan bersekutu dengan Pas dan Pkr cuba memecah belahkan keharmonian kaum sehingga negara hampir jahanam dan lingkup dikerjakan oleh puak-puak antagonis.
Apabila Dato Seri Najib mengambil alih pucuk pimpinan kerajaan daripada Tun Abdullah Badawi , Najib terpaksa memperkenalkan satu konsep baru. Maka lahirlah konsep 1 Malaysia. Agendanya sama sama juga dengan Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir. Cuma Tun Mahathir menasihatkan supaya kerajaan lebih giat memperjelaskan konsep 1 Malaysia secara besar-besaran. Dengan demikian tidak ada apa yang perlu dipertahankan oleh Nazri Aziz dalam soal ini.
Tak payah lah nak berkonflik lagi dan Sabtu ini Tan Sri Nazri Aziz akan turun ke Taiping dan eloklah beliau menggunakan ruang yang ada untuk menjelaskan konsep 1 Malaysia tanpa menempelak Tun Mahathir.
TM amat bersetuju dengan respon yang diberikan oleh Timbalan Perdana Menteri mengenai isu ini tetapi tidak bersetuju dengan komen Nazri Aziz.
Datuk Seri Nazri Aziz mempertahankan konsep 1 Malaysia dengan menegaskan, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak wajar mengkritik slogan pentadbiran Najib itu memandangkan rakyat Malaysia sehingga kini pun belum memahami tujuan slogannya, Bangsa Malaysia.
“Apa isu sebenar di sini? Apa yang kecoh? Jika beliau sendiri tidak menjelaskan mengenai (konsep) Bangsa Malaysia bila beliau (Dr Mahathir) menjadi perdana menteri, mengapa sekarang Dr Mahathir mahu kerajaan menjelaskan 1 Malaysia?
“Malah kita sendiri tidak faham apa itu Bangsa Malaysia, tujuan konsep itu,” Nazri Aziz.
“Kita tahu bahawa 1 Malaysia bermakna setiap orang faham bahawa mereka adalah rakyat Malaysia, mereka ada hak untuk berada di negara ini, diiktiraf sebagai sama. Setiap orang ada kepentingan di negara ini,” tambah Nazri.
“Saya bercakap dengan orang Cina, orang Melayu, masing-masing ada pendapat berbeza dan tidak boleh disatukan, saya berpendapat satu penjelasan perlu dibuat Mereka (rakyat) tidak tahu yang mana satu, yang mana untuk orang Cina dan yang mana untuk orang Melayu. Kalau suruh saya buat penjelasan, mana saya tahu bukan saya yang buat slogan itu,”Tun Mahathir
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulas kenyataan Dr Mahathir itu kelmarin berkata langkah untuk memberi penjelasan mengenai konsep 1 Malaysia memang wajar dilakukan dan sedang dijalankan oleh kerajaan untuk memberi penerangan secara terperinci kepada rakyat mengenainya. Beliau yang bersetuju dengan pandangan Dr Mahathir berkata kerajaan tidak menjangkakan rakyat akan dapat memahami konsep itu selepas setahun ia diperkenalkan oleh Najib dalam pentadbirannya.