Selasa, 17 Ogos 2010

Setpol MB Kedah kaki pembohong

Kaki Kelentong
Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor merangkap Timbalan Ketua Pemuda Pas Kedah dalam blognya telah menulis beberapa siri isu banjir besar yang melanda daerah Sik Kedah. Dalam satu artikelnya telah di kritik hebat oleh seorang blogger yang menamakan dirinya 'the flying kick' seperti berikut;


ko ni setpol, kalu nk jd munafik pun jgnla di bulan yg baik ni,dah terang2 lesen tu lulus tahun 2010 ko kata lesen 2009, ko nak tipu org tua sik boleh la,ha! satu g kat mekah banjir berapa kali setahun,berapa ml/y,ni aku nak post lik ko jgn delete lak jgn jd dayus...

http://theflyingkick.blogspot.com/2010/08/terang-terang-pembohong-setpol-menteri.html

Bagaimanapun setpol kaki pembohong ini tak mahu mengaku kalah, dalam penulisan siri ke3 beliau telah membohong sekali lagi seperti berikut;

Oleh kerana sepanjang bulan Mac 2008 hingga kini belum ada kelulusan pembalakan di kawasan itu oleh kerajaan sekarang; dan proses mengubahasil yang memakan masa hingga 3 tahun, MAKA, kalaupun ada pembalakan di situ pada bulan September 2009, ia adalah kawasan yang diluluskan oleh kerajaan BN dan dalam tangan big bosnya dalam tahun 2006 -2009. Ia adalah tanggungjawab dan kawalan mutlak kerajaan BN.

Kenyataan Setpol ini jelas bercanggah dengan Piagam Pelangan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah. Dengan demikian jelas dan terbuktilah bahawa setiausaha politik yang banyak kontroversi ini memang sah kaki kelentong, kaki kencing rakyat dan bermacam-macam kaki lagi lah.  Lihat piagam pelanggan Jabatan Hutan Negeri Kedah;

Lesen untuk mengeluarkan hasil hutan akan dikeluarkan dalam tempoh tidak melebihi enam (6) bulan dari tarikh kelulusan diberi, setelah semua syarat-syarat kelulusan dipatuhi.

Harap lepas ini eloklah serah surat perletakan jawatan secepat yang boleh. Buat malu nama Menteri Besar YAB Dr Azizan sahaja.