Isnin, 20 September 2010

UMNO KENA SABOTAJ LAGI

Video ini masih panas dipasaran puak-puak Pas.  Subuh-subuh tadi  Facebooker bernama Antapanis dah spin video ini. Ramai blogger dah mula taruk kaw-kaw menteri yang menganjurkan majlis rumah terbuka ini. Sudah tentu Dato Ismail Sabri bapa kepada AF Daffi panas telinga hari ini. Ini kerana video dah masuk Youtube.

Ini lah padahnya jika event manager lalai dan tidak peka dengan isu semasa. Pengurus Majlis Rumah terbuka semestinya orang kuat atau pegawai-pegawai khas kepada Dato Ismail Sabri. Kenapa tak ada jawatan kuasa untuk menilai apakah persembahan yang boleh dibawa atau dipersembahkan. Tak kan lah semua pertunjukkan boleh dibiarkan begitu sahaja. Nasib baik tak ada tarian ala-ala Cayote Ugly yang berpusing-pusing pada tiang besi.

Bagaimana pun persembahan tarian Nobody ala Korea itu tidaklah menjolok mata seperti yang berlaki di Pulau Pinang dalam Pesta Hantu Lapar. Siap dengan persembahan penari separuh bogel. Ramai pula tok lebai Pas hadir dalam pesta hantu tu...Bagaimana pun Pas pandai covered....

TM teringat kembali semasa kempen BN di Kuala Sepetang dalam PRK Bukit Gantang. Majlis anjuran Gerakan dan MCA dihadiri oleh YB Dato Seri Dr Ahmad Zahid  Hamidi. Apa lagi semua wartawan ambil gambar Zahid duduk dan berlatar belakangkan persembahan tarian oleh amoi-amoi cina yang berseluar pendek 'hot pant' dan menjadi modal Pas untuk balun UMNO .

TM dah bagi peringatan awal. Jangan diulang perkara-perkara macam tu, tak elok. Pegawai-Pegawai Khas menteri-menteri bukan nak ambil port sangat perkara-perkara macam tu, yang penting berapa komisen yang masuk akaun dia.

Kepada komponen BN pun berhati-hatilah , jangan ghairah nak buat persembahan. Jangan jadi Pisang berbuah berkali-kali.


Tarikh: 19 September 2010

Tempat: Laman Kerayong, Parlimen Bera, Pahang.

Nak cerita pasal: Rumah Terbuka MP Bera/Menteri KPDNKK.

Tahun lepas punya cerita kat sini.

Tahun ni pulak, tengoklah gambar-gambar berikut:


Tarikh: 19 September 2010

Tempat: Laman Kerayong, Parlimen Bera, Pahang.

Nak cerita pasal: Rumah Terbuka MP Bera/Menteri KPDNKK.

Tahun lepas punya cerita kat sini.

Tahun ni pulak, tengoklah gambar-gambar berikut:




































Bersyukur benar nampaknya mereka yang di atas pentas tersebut dengan kedatangan Syawal yang mulia ini. [klik untuk masuk blog asal]