Isnin, 20 September 2010

JUMLAH PEMUDA UMNO 703, 124 ORANG?

Tadi sewaktu mengemas meja terjumpa keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 22 Januari 2010.

Ayat utama berita tersebut menyebut Pemuda Umno berjaya menambah ahli seramai 25,019 orang pada akhir tahun 2009 dan menjadikan jumlah keseluruhan Pemuda Umno ialah 703,124 ahli. Ini bolehlah dikira sebagai satu laporan tahunan Pemuda Umno.

PKR baru-baru ini menyatakan seramai 400 ribu ahli seluruh negara akan terlibat dalam proses pemilihan pucuk pimpinan parti. [Sikit tuu]

Ahli Pas pula berapa? Mungkin sudah mencecah 500 ribu. Tetapi biasalah, Pas akan kata jumlah ahlinya lebih 5 juta. Angka sebenarnya tidak akan didedahkan kerana malu.

Sekarang dah masuk bulan September, berapa pula pertambahan Pemuda Umno dan berapa pula Pemuda yang menyokong PERKASA?

Kalau 500 ribu Pemuda menyokong Perkasa bermakna ada orang terpaksa turun tahta kerana itu janjinya.