Isnin, 20 September 2010

Camel Trophy Guy marah-marah lagi

Dato Sri Nazri Aziz nampaknya marah  sungguh dengan Awang Selamat. Sehingga sanggup menulis surat kepada nya dari Romania

Dulu beliau pernah berbalas-balas atau berperang secara SMS dengan seorang orang biasa. Bagaimanapun dia kena sabar lah, kena tahan ujian. Jangan melatah tak tentu pasal....Malu kat orang lain.

Pengalaman, kenangan pahit semasa berada di bawah Tun Mahathir jangan lah dijadikan dendam. Kalau Tun pernah marah pun kepada Nazri  anggaplah itu satu panduan dan motivasi dalam kerjaya politik.

Jangan ambil kesempatan dan cari peluang untuk membelasah Tun Mahathir.  Segala konflik peribadi jangan dijadikan agenda politik.

Hujung minggu ni eloklah Nazri bawa 4x4 masuk hutan dengan kawan-kawan...bawa senapang juga boleh tembak monyet atau burung punai