Sabtu, 4 September 2010

756 ahli PAS masuk Umno, bohong! KATA HARAKAH

 Nazri Abdullah yang menulis berita di bawah berada di KL dan hanya mendapat maklumat dari media arus perdana dan menafikannya.

Sedangkan TM berada di Bagan Baru ketika itu bersama rombongan Menteri Besar, TM dapat menemuramah Pak Su secara live dan eksklusif.

Rumah Pak Su Mat pun TM pergi. Lihat sendiri tiang-tiang konkrit markaz Pas yang sedang dibina tak sampai 20 kaki dari dinding rumah Pak Su Mat (HomeStay) Bumbung Biru ialah dewan orang ramai, seberang jalan arah ke kanan ada tanah kosong di situ lah markas Pas dalam pembinaan. Kampung ini bernama Kg Sungai Limau Bagan Baru. Batu Kurau tetapi dari sempadan politik ia berada di bawah Dun Kubu Gajah.


View Larger Map
KUALA LUMPUR, 4 Sept: Laporan behubung 756 ahli PAS di Parlimen Larut menyertai Umno adalah bohong dan sengaja direka Umno.

Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain (foto) ketika menafikan perkara itu berkata, tidak ada sejumlah tersebut keluar daripada parti itu dan menyertai Umno. ( Ini Bapa Pembohong- isu perlantikan AJK MASJID pun dia kelentong)

"Kita menafikan dan percaya ianya sengaja diada-adakan. ( betul lah Pak Bakaq ooooi)

"Yang sebetulnya, 26 pemuda Umno termasuk ketua cawangan menyertai PAS dua bulan lalu," katanya kepada Harakahdaily. ( Ini pembohongan sila letak nama jika berani bukan ramai 26 orang boleh tulis di Harakah)

Media hari ini melaporkan seramai 756 ahli PAS dari 42 ( 41 sebenarnya)cawangan di kawasan Parlimen Larut menyertai Umno.

Ianya didakwa diketuai bekas timbalan ketua PAS cawangan Bagan Baru, Mat Arop Samat.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Larut, Nazri Din berkata hanya Mat Arop dan isteri sahaja masuk Umno dua bulan lalu.

"Mat Arop ni sebenarnya kecewa sebab zaman Pakatan Rakyat memerintah dia tidak dilantik menjadi Ahli Majlis dan Ketua Kampung. ( Ya Pak Su kecewa dengan sikap Pas yang suka menfitnah dan berbohong)

"Saya nak cabar Umno, kalau betul ada 756 itu, tolong namakan mereka dan saya janji akan bagi RM100 seorang kepada mereka semua," katanya. (OK bagi duit kepda TM-saya ada bukti cukup)

Mat Arop menurut Nazri adalah bekas pemuda tahan lasak Umno yang kemudian menyertai PAS.

Beliau kini memegang jawatan pengerusi masjid dan pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Pak Su Mat Arop menyerahkan borang keahlian Umno

Tambah Nazri, beliau yakin isu yang dibangkitkan ini hanya mahu mengalihkan isu sebenar berhubung penyelewengan tanah Felcra oleh Ketua Umno Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin.

"Beliau cuba alih pandangan rakyat Kubu Gajah tentang penyelewengan tanah Felcra di Sungai Malau.

"Dia beri satu lot enam ekar kepada ibu dia sendiri Mardiah Binti Lah, menyebabkan orang lain marah," katanya yang mendakwa ada dokumen sebagai bukti. ( Fitnah Pas)

Semua ahli PAS itu telah menyerahkan borang permohonan keahlian kepada pengerusi badan perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sempena majlis rahmat Ramadan bersama menteri besar di Kampung Bayan Baru, Kubu Gajah, di Selama, semalam.

Mat Arop berkata beliau menjadi ahli PAS selama 32 tahun (Fakta sebenar ialah 39 tahun tarikh daftar ahli Pas ialah 10 Mei 1969) dan memegang jawatan itu selama 22 tahun ( yang ini betul ) dan mendapati parti itu menyimpang dari perjuangan asal.( yang ini juga betul)