Jumaat, 17 September 2010

AHLI PKR 400 RIBU!!!! DASYAT,,,,,ORANG PAS MASUK SEKALI TU..

Pemilihan pemimpin PKR bermula hari ini

E-mail Print
Oleh Muda Mohd Noor
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memulakan pemilihan pemimpin secara berperingkat mulai hari ini dimana 208 cabang, juga dikenali sebagai bahagian, akan mengadakan mesyuarat agung tahunan dan pemilihan pimpinan dari hari ini hingga 3 Okt.
Pemilihan pemimpin peringkat cabang, yang akan disertai oleh kira-kira 400,000 ahli parti itu, akan menjadi titik permulaan kepada pemilihan pemimpin peringkat nasional, atau pusat, mulai 29 Okt hingga 14 Nov.

Pemilihan PKR kali ini membolehkan semua ahli mengundi untuk memilih pemimpin cabang dan juga pemimpin pusat, termasuk presiden, yang akan menerajui parti tersebut untuk tiga tahun yang akan datang.

Ini adalah julung kali PKR mengadakan pemilihan secara langsung membabitkan ahlinya, menjadikan parti itu parti politik pertama dalam negara dimana ahlinya memilih pemimpin tertinggi parti. Selama ini semua parti politik dalam negara mengamalkan sistem dimana hanya perwakilan cabang atau bahagian yang memilih pemimpin tertinggi dan bukannya kesemua ahli.

Hari ini 10 cabang iaitu lima di Kedah dan lima di Kelantan akan mengadakan mesyuarat masing-masing.
Esok 40 cabang kebanyakannya dari Kelantan, Pahang, Perak, Sabah dan Negeri Sembilan akan mengadakan mesyuarat, manakala Ahad pula sebanyak 35 cabang lagi di Pahang, Perak, Sabah, Melaka, Pualu Pinang dan Negeri Sembilan akan bermesyuarat.

Pada hari terakhir iaitu 3 Oktober sebanyak 17 cabang di Selangor, Johor dan Sarawak akan mengadakan mesyuarat.

Manakala mesyuarat pemilihan pimpinan pusat akan bermula pada 29 Oktober hingga 14 November di mana ahli peringkat cabang akan memilih pemimpin untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan utama parti termasuk Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita.
Bagaimanapun, 14 cabang iaitu tujuh di Johor, Terengganu (4), Sarawak (3) dan Kedah (3) tidak akan bermesyuarat kerana cabang-cabang itu belum diiktiraf lagi sebagai cabang oleh ibupejabat PKR.

Cabang tumpuan
Di antara cabang yang menjadi tumpuan pada pemilihan ini ialah Subang, Gombak, Kuala Selangor, Pensiangan, Lembah Pantai, Ampang dan Bukit Katil. Cabang-cabang ini akan menyaksikan pertandingan pemimpin utama PKR.

Subang merupakan kawasan R Sivarasa; Gombak (Azmin Ali) Kuala Selangor ( Khalid Ibrahim), Pensiangan (Dr Jeffery Kitingan), Ampang (Zuraida Kamaruddin), Lembah Pantai (Nurul Izzah Anwar) dan Bukit Katil (Shamsul Iskandar Mohd Akin) .

Sivarasa, Azmin dan Dr Jefrey merupakan naib presiden PKR, Khalid (menteri besar Selangor, Zuraida (ketua wanita), Nurul Izzah (anak ketua umum PKR Anwar Ibrahim) dan Shamsul (ketua AMK).

Tidak terkecuali juga untuk cabang Permatang Pauh iaitu cabang presiden PKR Dr Wan Azizah Ismail; Zaid Ibrahim (Wangsa Maju) dan Chua Jui Meng (Bakri) yang akan menjadi perhatian umum.

Pertandingan Sengit, Halatuju Parti Ditentukan


Menurut penganalisa politik pemilihan parti itu kali ini akan sengit terutamanya diperingkat nasional. Pemimpin-pemimpin yang akan dipilih akan juga dipertanggungjawabkan oleh ahli parti untuk membawa PKR ke peringkat yang lebih tinggi lagi.
Mereka yang dipilih juga akan memacu PKR pada pilihanraya umum yang ke-13, dijangka diadakan penghujung tahun 2012 atau 201 dan ini dianggap suatu tugas yang cukup berat.

Penganalisa merasa pemimpin PKR sedang mengalami suatu keadaan yang getir dimana pertama mereka mesti menang di peringkat cabang dan lepas itu peringkat nasional. Mereka juga perlu meraih undi dari 400,000 ahli dan tugas ini dianggap sudah cukup berat.

Jika seseorang pemimpin itu menang kedua-duanya (cabang dan nasional) mereka perlu bersiap untuk pilihanraya umum yang akan datang.

Secara keseluruhannya, ramai pemimpin PKR akan memberi tumpuan penuh atau fokus kepada politik parti untuk tiga bulan yang akan datang kerana mereka kena "menjadi kuat dalam parti" sebelum boleh keluar untuk berkerja untuk Pakatan Rakyat dan meraih undi rakyat pada pilihanaraya umum yang akan datang.

Mereka yang akan memegang jawatan kelak, bukan hanya perlu meraih undi ahli parti dan rakyat tetapi juga akan menentukan halatuju PKR untuk masa hadapan.