Sabtu, 18 September 2010

KJ DAN KU NAN DENGAR TU PESANAN NAJIB: UMNO elak konflik dengan NGO

Najib-file pic
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO akan sentiasa mengelak daripada mewujudkan sebarang konflik dengan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Perdana Menteri berkata, UMNO akan sentiasa mengambil pendirian itu termasuk dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) walaupun ada NGO tertentu yang mengemukakan pandangan tidak dipersetujui oleh parti itu.

"Kita tidak mahu ada konflik dengan mana-mana NGO dan bagi UMNO, Perkasa seperti NGO lain.

"Kita mempunyai banyak NGO dan kadang-kala kita bersetuju dan ada masa kita tidak bersetuju. Lebih mustahak UMNO merupakan sebahagian daripada kerajaan dan apa yang diperkatakan oleh parti ini adalah lebih penting," katanya.

Kepada KJ dan Ku Nan , elok lah tarik balik cakap mereka atau lebih baik hantar surat letak jawatan.

BRAVO AWANG ADEK
UMNO Kelantan tidak menghalang ahlinya daripada menyertai Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) memandangkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu menjadi wadah perjuangan aktivis Melayu di negara ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, Perkasa bukan sebuah pertubuhan politik dan kedudukannya sama dengan persatuan sukarela lain yang berdaftar secara sah dengan Pendaftar Pertubuhan.