Abd. Aziz Sheikh Fadzir (kiri) dan Shahlah Ismail (tengah) turut menyanyi lagu 1Malaysia pada sambutan Hari Malaysia di Kulim, kelmarin. |
Berlangsung di Hotel Seri Malaysia di sini, majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, 1Malaysia diikuti Jalur Gemilang.
Penyelaras Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir berkata, Hari Malaysia perlu disambut oleh setiap rakyat di negara ini selain Hari Kemerdekaan.
"Banyak perubahan telah dibawa oleh Kerajaan Pusat untuk membangunkan negara. Kenikmatan yang dirasai ini sewajarnya disambut oleh setiap warganegara," katanya di sini semalam.
Turut hadir Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Shahlah Ismail.
Para hadirin juga disajikan dengan pelbagai hidangan enak seperti lemang, serunding, laksa dan kuih-muih.
Selain itu jelas Abd. Aziz, program seumpama itu dapat mengeratkan hubungan masyarakat setempat.