Sabtu, 18 September 2010

WAHAI MB SERBA TAK TAU !!!! 'Kami mahu krisis air diatasi'

Penduduk terpaksa menggunakan air yang disimpan dalam tong untuk membasuh pinggan mangkuk di Pendang

Lebih 2,000 penduduk di tiga buah kampung di Tobiar dekat sini terpaksa menyambut Hari Raya Aidilfitri selama dua tahun berturut-turut dalam keadaan tidak sempurna kerana bekalan air ke rumah mereka terputus ketika musim perayaan itu.

Kampung-kampung yang terlibat adalah Kampung Banggol Temak, Kampung Penyarum dan Kampung Gelung Gajah.


Menjelang Hari Raya Aidilfitri yang lalu, mereka terpaksa membuat persiapan hari raya tanpa bekalan air bersih yang sempurna. Semua ini adalah gara-gara Menteri Besar Kedah yang buat mudah dan serba tak tau.

"Saya mana tau, bukan saya jaga ayaq, kalau nak tau hang pi tanya pegawai yang jaga ayaq, Hang mandi dak pagi tadi? Haa !! Kalau hang mandi maknanya ada ayaq la" Itu lah kata-kata MB jika disoal mengenai masalah air di Kedah, memang MUDAH sungguh jawapannya.

"Kami sebagai penduduk di kawasan ini yang sudah berpuluh tahun menetap di sini hairan kenapa sejak kebelakangan ini bekalan air bersih sering terputus hingga amat menyukarkan kami untuk melakukan persiapan hari raya.


"Kami mahu pihak bertanggungjawab tampil dan segera menyelesaikan masalah ini dengan kadar segera kerana kami tidak mahu lagi perkara begini berlaku lagi pada perayaan yang akan datang," kata penduduk Pendang..

Sejak beberapa tahun lalu beberapa buah kampung di Tobiar sering mengalami gangguan bekalan air bersih dan tidak ada penyelesaian yang dibuat oleh pihak yang bertanggungjawab.