Selasa, 28 September 2010

KU LI DI PERSIMPANGAN DELIMA

Tak lama lagi akan ada PRK N45 Galas.  Kawasan ini merupakan kawasan kuat BN tetapi atas beberapa faktor geo-politik, Pas berjaya merampas kerusi tersebut daripada Umno dengan majoriti 646 undi dalam PRU 12 2008 lalu.

Kini PRK kembali lagi. Ku Li yang juga Ahli Parlimen Gua Musang  mungkin akan membisu dan tidak akan turun berkempen bagi pihak BN, ini berikutan Ku Li dilihat memihak kepada Pas dalam banyak isu, terutama mengenai tuntutan royalti minyak yang menjadi tuntutan utama Pas terhadap kerajaan persekutuan.

Parlimen Gua Musang diwakili oleh Tengku Razaleigh Hamzah dari Umno, manakala Dun Paloh dan Nenggiri masing-masing diwakili oleh Datuk Norzula Mat Diah dan Mat Yusoff Abdul Ghani juga dari Umno.

Tak apa lah, jika Ku Li tak mahu sokong calon BN nanti, tetapi janganlah pula Ku Li menikam belakang calon atau mensabotaj calon BN. Kalau tak suka duduk diam atau pergilah melancong ke mana-mana yang Ku Li suka.

Persoalan seterusnya ialah setakat manakah persiapan jentera BN untuk menawan Kelantan. ini kerana Pas sudah siapa siaga dengan jentera PRU 13 yang akan diuji di PRK N45 Galas nanti.

Yang pasti jika Ku Li berkempen untuk BN sudah tentu beliau tidak akan menyentuh isu Royalty Minyak kerana beliau serba tau tentang isu tersebut kerana beliau adalah bekas menteri kewangan dan juga pengerusi Petronas, bercakap bererti meludah diri sendiri.