Khamis, 2 September 2010

Pas gagal mengadakan majlis sambutan merdeka di Masjid Kpg Expo.

Manolito Dahlan
Ustaz Manolito Dahlan Kadi Dearah Kerian merangkap Ketua Cawangan Pas Kpg Expo dan Pengerusi Masjid Haram Kg Expo kali ini gagal mengadakan sambutan kemerdekaan di dalam kawasan masjid sebaliknya hanya mengadakan majlis berbuka puasa biasa.

Nga Kor Ming dan Sivakumar bekas Speaker Mereng dijangka akan hadir bagi merasmikan program kemerdekaan tersebut. Perancangan mereka sebagai melahirkan rasa tidak puas hati kepada Rukun Tetangga yang telah mengadakan Sambutan Ringkas Ambang Merdeka tepat jam 12.00 tengah malam 31 Ogos lalu di Sekolah Agama Rakyat Kpg Expo.

PAS Kpg Expo marah kerana jawatankuasa serambi surau pada satu ketika dahulu telah mengadakan skim rondaan keselamatan tetapi projek mereka menemui kegagalan dipertengahan jalan kerana menyeleweng dari objektif sebenarnya.

Ia gagal kerana mereka membawa peronda yang datang untuk berkawal singgah di rumah orang kuat mereka untuk menonton video propaganda Pas yang bertujuan untuk menarik ahli-ahli yang menyertai skim rondaan untuk menjadi ahli Pas. Program itu mati separuh jalan kerana tiada sambutan.

Apabila Rukun Tetangga berjaya mengadakan SRS sebulan 2 kali dan disertai oleh pelbagai kaum dan pelbagai latar belakang politik termasuk orang Pas sendiri yang menyertai SRS menyebabkan Pas Kpg Expo naik angin.

Berita terbaru mengenai kegagalan program akan ditulis esok setelah mendapat maklumat yang tepat daripada informer.