Ahad, 19 September 2010

Pemuda UMNO Yakin Capai Sasar 20,000 Pengundi Baru

PARIT: Pergerakan Pemuda Umno yakin sasarannya untuk mendaftar lebih 20,000 pengundi baru sepanjang program rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Umno bahagian di seluruh negara akan dapat dicapai, kata Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda Umno, Hisyamuddin Yahya.

Beliau berkata kaunter yang dibuka Pemuda Umno di majlis-majlis rumah terbuka yang diadakan telah mendapat sambutan menggalakkan.

"Sehingga kelmarin, semua kaunter yang dibuka sempena Hari Terbuka Aidilfitri di seluruh negara telah mencapai sebanyak 30 peratus dari apa yang disasarkan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Umno Bahagian Parit di sini, Ahad.

Menurutnya, jika setiap bahagian mendaftarkan 100 orang pengundi baru sepanjang bulan Syawal, sasaran 20,000 orang pengundi baru itu akan dapat dicapai.

Terdahulu, Hisyamuddin turut menyaksikan majlis penyerahan borang permohonan keahlian Umno oleh Ketua Pemuda Umno Bahagian Parit Khairul Shahril Mohamad kepada bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parit, Faizal Effendi Hasim.

Jumaat lepas, empat pemimpin AMK Perak termasuk Faizal Effendi dan 72 anggota Wanita Cabang Ipoh Barat parti itu telah bertindak keluar daripada parti tersebut dan menyokong Barisan Nasional

NOTA KAKI;

Bagus lah kalau dapat capai target. tahniah diucapkan kepada Pemuda Umno, tetapi bagaimana dengan keahlian Umno? bertambah juga kah?  Jangan pula dapat 20 ribu tetapi semua undi pihak lain.