Ahad, 19 September 2010

Pulau Pinang: Pegawai Khas jadi Penyamun?

Polis menahan seorang lelaki yang mendakwa bekerja sebagai pembantu khas kepada ahli politik di negeri ini selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pecah rumah di Jalan Rumbia, Sungai Nibong, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, suspek dikatakan memecah masuk sebuah rumah milik seorang pensyarah maktab ketika pulang berhari raya.


Katanya, suspek juga positif dadah dan polis turut menemui setangkai kunci rumah pelbagai jenis daripada suspek dan mengaku datang ke rumah mangsa menaiki sebuah kereta jenis Honda Accord miliknya yang diletakkan di luar rumah.