Ahad, 19 September 2010

Zahid Hamidi: Pulau Pinang akan kembali kepada BN

Bagan Datoh : 18 September-- Perubahan yang dibawa oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Seri Najib Tun Razak iaitu konsep 1 Malaysia telah mendapat sokongan pengundi-pengundi Pulau Pinang.  Konsep Government  Tranformation Programme (GTP) telah mengembalikan sokongan rakyat pelbagai kaum kepada Najib. Demikian lah harapan YB Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusi Perhubungan Negeri Pulau Pinang.

"Dengan angin perubahan tersebut, BN yakin akan dapat mentadbir kembali Pulau Pinang dalam pilihanraya akan datang." Kata Zahid dalam majlis rumah terbuka sempena hari raya aidil fitri parlimennya di Bagan Datoh hari ini.

Zahid juga menasihatkan Parti Gerakan tidak mudah berputus asa dalam usaha menawan kembali hati pengundi.

Bekas Ketua Menteri Tan Seri Koh Tsu Koon pernah menyatakan bahawa sukar bagi BN untuk menawan kembali dan ia memerlukan dua atau tiga penggal lagi untuk BN kembali memerintah. Begitulah luahan rasa Tsu Koon dalam perjumpaannya dengan seorang rakan TM.