Isnin, 27 September 2010

RUMAH TERBUKA AIDIL FITRI UMNO TAIPING

Dr Zambry disambut oleh Ketua Bahagian Dato Hj Ahmad Shalimin

Bersalaman dengan ahli Umno Taiping

YB Yew berbual mesra dengan S/U Bahagian

Menyambut ketibaan YB Dato Seri Shafei Apdal
Dato Chang Ko Youn, YDP MPT Tuan Omor Saad dan Dato Zaili Cha
TAIPING, 27 September 2010-- Bertempat di Dewan Majlis Perbandaran, Jalan Taming Sari, Taiping, Majlis Siratulrahim anjuran Umno Bahagian Taiping telah diadakan dari jam 1.00 tengah hari hingga jam 5.00 petang.

Tidak kurang dari lapan ribu pengunjung terdiri daripada ahli-ahli Umno, penduduk sekitar bandar Taiping dari pelbagai kaum dan komponen BN telah hadir untuk memeriahkan majlis ini.

YB Dato Seri Shafei Apdal dan YAB Menteri Besar Perak turut hadir sebagai tetamu khas. Orang Besar Jajahan Larut Matang dan Selama,  Yang Amat Berbahagia Dato' Dr Hj Wan Mohd Isa Bin Dato' Seri Wan Ahmad dan juga Pegawai Daerah Larut Matang Dato' Mahmud Morshidi dan ketua-ketua jabatan peringkat daerah dari pelbagai sektor juga turut hadir sama.

Turut hadir ialah Adun Trong YB Dato' Rosli Hussin, Ketua Umno Bagan Serai Dato' Zaili Cha, Dato' Chang Koo Yuon Penasihat Menteri Besar dari Bruas  dan  Adun Aulong YB Yew Tian Hoe (Dap) .