Kini kes kehilangan seorang ahli perniagaan dari Sungai Petani, Kedah, Mohd Shafik Abdullah, 37, dan rakannya pula disiasat di lokasi yang sama.
Mohd Shafik dan rakannya yang berasal dari Taiping, Perak dilaporkan hiang sejak 5 April lalu dan gagal ditemui hingga kini. Mereka sebelum itu dikatakan datang ke sini untuk bertemu dengan seorang peguam yang kini menjadi suspek utama pembunuhan Sosilawati.
Dua lubang besar itu terletak berasingan, satu di bahagian belakang ladang ternakan milik suspek dan satu lagi di kawasan penanaman kelapa sawit di luar ladang berkenaan. Lokasi kedua-duanya dipercayai dikenal pasti menerusi maklumat yang diperoleh daripada suspek sendiri.
HINDRAF juga mula masuk daun dalam isu ini dengan menggunakan golongan OKU untuk membuat kecoh dan gangguan terhadap beberapa insiden lain.
Eloklah jika PDRM meletakkan satu pasukan FRU untuk berkawal di sana bagi mengelakkan gangguan puak-puakk HINDRAF daripada mencetuskan kacau bilau yang boleh mengganggu siasatan terhadap beberapa kes lain. Mungkin lebih banyak kubur-kubur ala- penjenayah perang tersembunyi di ladang tersebut.
HINDRAF merupakan satu pertubuhan gelap dan haram yang terancang peringkat antarabangsa. TM terkejut pada beberapa tahun lalu dengan pendedahan secara tidak sengaja. HINDRAF telah menguasai syarikat-syarikat pembuat telefon bimbit dunia secara tanpa sedar. Tak percaya cuba tulis perkataan HINDRAF menggunakan auto text dengan huruf kecil. Apabila sampai ke huruf 'd' secara automatik akan timbul perkataan HINDRAF dalam aksara besar.
Sekarang tertuduh mula bermain politik dengan membuat laporan terhadap polis yang memukulnya dalam tahanan. Selepas ini sudah tentu SUARAM , SUHAKAM dan macam-macam lagi nama-nama lain akan muncul untuk membuat kenyataan.
Maka akan berlakulah episod Kugan kedua.
Suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain mendakwa dia diseksa mental dan fizikal ketika dalam tahanan reman sejak hari pertama ditahan pada 11 September lalu.
Dalam laporan polis dibuat kira-kira jam 5 petang semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, peguam suspek, Ravi Nekoo dan Pushpa Ratnam berkata, anak guamnya itu mendakwa didera anggota polis yang mengendalikan soal siasat kes berkenaan dengan pelbagai bentuk penderaan.
Menurutnya, anak guamannya yang hadir sendiri membuat laporan itu mendakwa dipukul menggunakan getah paip, digari di jeriji lokap dengan tangan melepasi kepala dan belakang badan menyandar di pintu besi berkenaan serta lebih teruk kemaluannya turut dihentak dengan batang kayu memaksa dia mengaku terbabit dalam pembunuhan jutawan kosmetik itu.
“Selain itu, dia mengadu diludah di mata oleh seorang anggota polis yang tiada kaitan langsung dengan kes berkenaan dan selepas itu diarah membuat ketuk ketampi kira-kira 60 kali sebelum dia jatuh pengsan.
“Beberapa anggota polis dari Bukit Aman turut bertindak menampar dan menumbuknya ketika soal siasat hingga menyebabkan satu daripada gigi depannya longgar selain bahagian belakang badannya mengalami kesakitan. “Anak guam saya juga mengadu diugut polis bahawa isterinya akan ditahan dan menerima ‘layanan’ yang sama jika dia enggan membuat pengakuan seperti apa yang dikehendaki polis,” katanya ketika ditemui selepas menemani anak guamnya membuat laporan.
Katanya, laporan itu dibuat selepas dinasihatkan pihak Mahkamah Majistret Sepang supaya membuat laporan berhubung dakwaan berkenaan sebelum membuat sebarang kenyataan mengenainya.
“Laporan dibuat di IPD ini kerana anak guam ditempatkan dalam lokap di sini untuk seketika hari ini (semalam), tiada sebarang keterangan diambil dan polis maklumkan dia akan dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, namun bila dan di mana tidak diberitahu,” katanya.