Rabu, 29 September 2010

SEBELUM PAS DIMALUKAN, ELOK SERAH CALON KEPADA PKR

BN mungkin tidak berdepan dengan calon Pas dalam PRK N45 Galas. PAS akan memberi laluan kepada PKR untuk meletakkan calon Pakatan Rakyat bagi mempertahankan kerusi tersebut.

PAS kurang yakin mereka boleh menang kali ini, memandangkan Parlimen Gua Musang telah dikuasai oleh BN/ UMNO untuk sekian lama.

Pas tidak akan mendapat malu jika yang kalah ialah calon PKR.  Dato Zaid Ibrahim kemungkinan akan menjadi calon PKR memandangkan beliau adalah anak Kelantan dan demi menyejukkan hati Zaid yang kalah dalam P94 Hulu Selangor. begitu juga dengan isu pertandingan Timbalan Presiden PKR.

Kerusi N45 Galas menjadi galang ganti kepada Zaid Ibrahim agar terus kekal dalam PKR. Ini untuk menjaga hati Zaid yang luka nestapa akibat sokongan Anwar dan Kroni terhadap Azmin Ali.

Pas juga tidak sanggup menanggung malu gara-gara taksub mereka kepada calon Dap semasa PRK P212 Sibu 16 Mei yang lalu.

Pas sanggup bermandi peluh demi memenangkan calon Dap dalam PRK Sibu. Jika Pas bertanding di N45 Galas, Pas terpaksa berseorangan dalam kempen mereka. Tidak ada seekor pun Dap dari Sibu yang akan turun ke Galas bagi membantu Pas menang dalam PRK kali ini.

Hanya Pas terhegeh-hegeh ke Sibu untuk sokong Dap sedangkan sebelah mata pun Dap tak pandang kepada Pas. Bagi Dap , Parti Pas hanya pecacai angkat najis.