Pak Ngah |
Akhbar ini tidak bertanggung jawab terhadap perpaduan nasional, mengengkari tatasusila kehidupan rakyat Malaysia.Ia juga cuba melaga-lagakan pemimpin dan mencelarukan pemikiran rakyat.
Ia juga memberikan gambaran buruk terhadap perkara yang baik dan memberi gambaran yang baik kepada perkara yang tidak benar.
Ia juga kerap melaporkan sesuatu berita secara tidak beretika dan kadang-kala melaporkan sehingga menjadi fitnah dan ini amalan negatif yang tidak wajar dilaksanakan oleh media yang cuba mencari pengaruh
Sinar sepatutnya melaporkan secara kritikal dan bertanggungjawab agar ia dapat duduk sebaris dengan media arus perdana yang lain.
Oleh kerana Sinar mementingkan kewangan dan menggunakan motivasi negatif pembaca yang suka kepada perkara-perkara negatif jadi Sinar menawan pasaran golongan yang suka perkara-perkara negatif ini.
Akhirnya kaedah yang digunakan oleh Sinar akan merugikan orang Melayu itu sendiri kerana yang membeli dan membaca akhbarr Sinar ialah bangsa Melayu, bangsa lain tak akan beli dan tak akan baca akhbar ini.
Oleh kerana sikap mereka suka melaga-lagakan orang Melayu jadi saya menyeru supaya kita tidak membeli dan membaca akhbar ini. Banyak lagi akhbar Melayu yang boleh dibeli dan dibaca.
Tindakan dan sikap akhbar ini menguntungkan pembangkan seperti Lim Guan Eng dan pihak lain yang menolak akhbar lain seperti Utusan Melayu/Malaysia
Kita orang Melayu kena dan sepatutnya memberikan penghargaan yang tinggi kerana Utusan Melayu lah yang dapat meniupkan semangat dan wadah perjuangan orang Melayu untuk mencapai kemerdekaan .
Hari ini Utusan Melayu dihina, dipijak dan dibakar oleh musuh-musuh negara dalam usaha mereka untuk menghapuskan kuasa dan pengaruh orang Melayu dan usaha mereka meng'singapura'kan Malaysia ialah dengan memusnahkan reputasi akhbar Utusan Melayu.
Itulah sebahagian daripada agenda pihak pembangkang untuk membakar satu akar yang meniupkan semangat orang Melayu dan agenda mereka selama ini akan tercapai jika kita terus menyokong akhbar ini dan menolah akhbar arus perdana seperti Utusan Melayu/ Malaysia
Apa yang disebut di atas adalah luahan rasa tidak puas hati YB Dato Hamdi Abu Bakar ADUN kawasan Bagan Baru Beruas atas beberapa perkara yang dilakukan oleh akhbar tersebut.
Pernah satu ketika beliau menjemput wartawan Sinar untuk bersamanya dalam program melawat sebuah keluarga yang memerlukan bantuan, tetapi mereka menolaknya. Kemudian mereka menerima pelawaan Dap untuk pergi ke lokasi yang sama.
Satu lagi ialah kisah Adun Selinsing yang pergi melawat rumah-rumah penduduk yang kelihatan uzur dan daif dan mengambil gambar dan menghantar kepada akhbar Sinar dan dengan mudah akhbar itu menyiarkan berita tanpa banyak soal. Ini berlaku kepada sebuah keluarga warga emas di Masjid Tinggi Kerian dalam kawasan Dun Selinsing.
Satu contoh lagi kisah pesara tentera dari Kamunting yang mendapat bantuan daripada Dap Kamunting kerana anaknya yang belajar di Universiti Malaya akan menyertai program pertukaran pelajar ke Indonesia , dapat bantuan sedikit sahaja daripada Dap tetapi liputannya cukup besar , siap dengan gambar full figure dalam surat khabar tersebut. Umno yang tolong orang Melayu lebih banyak daripada Dap tetapi tidak mendapat liputan seperti itu.
Banyak lagi lah perkara-perkara lain jika nak diambil contohnya. Kita sebagai pembaca nilai