Sabtu, 4 September 2010

SK JELAI BAKAL MENDAPAT BANGUNAN BARU

Sekolah Kebangsaan Jelai yang terbakar awal puasa lalu bakal mendapat 2 blok bangunan 2 tingkat bagi menggantikan blok yang terbakar.

Dua blok baharu itu dibina di sebelah belakang bangunan tersebut atau lebih tepat lagi di padang belakang bangunan yang terbakar. Manakala padang baru akan berpindah ke tanah milik sekolah di belakang pekan Jelai.

Sebelum kerja pembinaan dimulakan penduduk kampung Jelai akan bergotong royong memindahkan rumput dari padang lama ke padang yang baru.

Beberapa hari lalu Timbalan Perdana Menteri iaitu YB Tan Sri Muhyiddin Yasin telah memaklumkan peruntakan sejumlah RM 4 juta untuk membina 2 blok baharu.

Dalam kebakaran yang berlaku pada waktu petang itu telah menyebabkan bangunan yang dibina pada tahun 1980 rosak teruk di tingkat atas.  Bangunan tersebut menempatkan 6 bilik darjah, perpustakaan, pejabat dan bilik guru. 16 buah komputer turut musnah.

Pelajar kini menggunakan kantin , bangunan lama dan bangunan yang PIBG bina dan makmal komputer sebagai tempat belajar.

Pada 22 September ini calon UPSR akan mengambil peperiksaan dalam makmal komputer . Guru Besar sekolah ini ialah Puan Hjh Rohaya Osman.

Sumber maklumat : En Mat Isa Taha YDP PIBG