Rabu, 29 September 2010

TAK KEBULOQ/ TAK KELAPAQ DUIT JUDI HANGPA!!!!!!!


Salleh Man, Malik Itik, Dr Mansur dan Pok Nik To' Dalang sila bagi hujah anda mengenai duit judi kuda. Lama dah isu ini dibangkitkan tetapi sepatah kata pun tak keluar dari mulut tuan-tuan

Bila isu doa khutbah yang menyebut nama LGE cepat-cepat hangpa bagi komen balas dan menafikan. Sekarang dalam isu judi kuda bagaimana pula.

Hari ini lebih 40 warga emas hari ini memulangkan semula wang ihsan yang diberikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada mereka selepas berasa curiga dengan sumber wang tersebut.
Pungkoq Hang Anwar

Seorang daripada mereka, Saidin Chik, 72, berkata, dia bertindak demikian selepas mendengar laporan media bahawa wang ihsan tersebut dipercayai datang dari sumber tidak halal.

"Pak cik terima wang RM100 dalam tahun ini, bila dengar di televisyen dan baca di akhbar yang wang berkenaan dari sumber judi, terus rasa sebak dan terkilan dengan kerajaan negeri.

"Kami tiap-tiap hari melakukan ibadat tiba-tiba dapat duit dari sumber haram dan gunakannya untuk perbelanjaan... apa jadi dengan amalan kami, kerajaan negeri tak patut buat macam ini,” katanya kepada pemberita di sini.

Saidin dan kumpulan warga emas tersebut sebelum itu menyerahkan wang berkenaan kepada Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Azhar Ibrahim untuk dikembalikan kepada kerajaan negeri.

Saidin yang juga seorang imam di Pulau Mertajam di sini berkata, kesemua mereka bertindak demikian atas kerelaan hati.

MALUNYA MUKA DAPIG
Seorang lagi penerima Rosnani Mohd. Rashid, 62, berkata, dia berasa lega dapat memulangkan semula wang itu dan berharap kerajaan negeri tidak mempermainkan rakyat terutama orang Islam dengan memberikan sumbangan yang berasal dari sumber haram.

LAGI INFO DARI MIM