NASIB USTAZ BUSTAMAM DI TANGAN DAN MINDA KU LI
(SUMBER FOTO DARI:
http://rostam97.tripod.com/istana/10804.htm )
BENARKAH ???
ATAU HANYA KHABAR ANGIN MAINAN LIDAH ORANG POLITIK SAJA ???
KELANTAN PERLUKAN GENERASI Y DI RAJA@KERABAT DALAM POLITIK KELANTAN BAGI MENGANTIKAN LEGACY KU LI DAN YM TS TENGKU AHMAD RITAUDDEN DAN LAIN-LAIN ???
ITULAH PERSOALAN YANG DILONTARKAN KE MINDA OTAI BEBERAPA HARI INI YANG MENGAJAK OTAI BERFIKIR....................
PERSOALANNYA ADAKAH BEGITU TERDESAK IDEA INI UNTUK DIREALISASIKAN BAGI DUN GALAS PADA 26 OKTOBER INI ???
KATANYA GENERASI Y DI RAJA BERKENAAN MUNGKIN AKAN MENGETUAI UMNO GUA MUSANG SELEPAS INI. MUNGKIN MENGISI KERUSI PARLIMEN GUA MUSANG DAN SETERUSNYA AKAN MEMAINKAN PERANAN DALAM POLITIK PERDANA NEGARA SEBAGAI MEWAKILI GOLONGAN Y DARI KALANGAN ISTANA DI RAJA DALAM POLITIK UMNO MALAYSIA ??? SEBAGAI MENTERI KABINET KOT DAN SETERUSNYA MENJADI KETUA PERHUBUNGAN UMNO KELANTAN.
MACAM SIFIR ALMARHUM TENGKU INDERAPUTERA ??? MACAM SIFIR KU LI YANG BERJAYA HANCURKAN PAS TAHUN 1974 BILA UMNO RAMPAS KELANTAN DARI ASRI - PAS ???
KU LI MENGANTIKAN ALMARHUM TENGKU INDERAPUTERA SEBAGAI KETUA UMNO HULU KELANTAN@GUA MUSANG DAN SETERUSNYA MENJADI KETUA PERHUBUNGAN UMNO KELANTAN SEBELUM TEWAS DI TANGAN TS MUSA HITAM BILA BERLAWAN MEREBUT KERUSI TIMBALAN PRESIDEN UMNO.
MELIHAT PADA SEJARAH UMNO KELANTAN MEMANG NYATA SETIAP ZAMAN ADA TOKOH DARI KALANGAN KERABAT ISTANA KELANTAN AKAN MEMAINKAN PERANAN MENYELAMATKAN UMNO KELANTAN BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA SERTA SETERUSNYA MENUMBANGKAN KEMUNGKARAN PAS YANG SUDAH MENCECAH 20 TAHUN MEMERINTAH KELANTAN SEJAK 1990.
SEJARAH BUKTIKAN TOK GURU TOK NIK AZIZ JADI MB DAN KERAJAAN KERANA BANTUAN PADU DARI KU LI YANG MASA ITU JADI PRESIDEN SEMANGAT 46. DIFAHAMKAN 1990 ISTANA KELANTAN PRO YBM TENGKU RAZALEIGH DAN SETERUSNYA PAS MENDAPAT UNTUNG ATAU LABA BESAR BILA BERJAYA TUMBANGKAN UMNO DENGAN BANTUAN SEMANGAT 46 YANG DIDOKONG OLEH KERABAT ISTANA KELANTAN PADA MASA ITU GARA-GARA KU LI KALAH BERTANDING PRESIDEN UMNO MELAWAN TUN DR M PADA TAHUN 1987.
MAKNANYA PAS BUKAN ENTITI TUNGGAL DAN ORANG KELANTAN TAHUN 1990 BUKAN NAK TOK GURU NIK AZIZ TETAPI MEREKA KATA "AMBO NOK KU LI."
MAKNANYA PAS MENANG KELANTAN ADALAH AKIBAT MUSLIHAT POLITIK DAN BUKAN KERANA KEKUATAN PAS ATAU ORANG KELANTAN NAK KAN TOK GURU NIK AZIZ. TETAPI SAJARAH BUKTIKAN 1990 ITU ORANG KELANTAN PILIH ANGKATAN PERPADUAN UMMAH (SEMANGAT 46 DAN PAS ) KERANA MEREKA NAK ATAU GILAKN KU LI. KATA ORANG KELANTAN "AMBO NOK KU LI."
ITULAH SEJARAH UMNO KELANTAN.
NAMUN BEGITU BILA KU LI JADI PENGERUSI PR KECIL DUN GALAS MAKA TENTULAH KU LI ADA CATUR POLITIK BELIAU YANG TERSENDIRI. KU LI TENTU AKAN MEMBUAT SATU ROAD MAP YANG BARU SUPAYA UMNO KELANTAN DAN MALAYSIA DIWARNAI DENGAN GENERASI Y DARI ISTANA KELANTAN UNTUK MENJAYAKAN WAWASAN 2020 DAN 1MALAYSIA. DAN YANG AMAT PENTING KU LI WAJIB BERJIHAD HANCURKAN KEMUNGKARAN PAS YANG SUDAH LARI DARI LANDASAN PERJUANGAN MELAYU ISLAM BILA BERDAKAP ENAK NGAN DAP DAN PKR YANG TERNYATA TIDAK PERJUANGKAN ISLAM (TAPI PERJUANGAN SELEI@TENGGELAM MELAYU ISLAM BERSAMA DAP DAN PKR).
APA KISAHNYA NGAN CALUN 1MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN AL USTAZ BUSTAMAM HJ IBRAHIM PEGAWAI JASA DAN KETUA PENERANGAN UMNO GUA MUSANG ???
OTAI FIKIR KU LI LEBIH BIJAKSANA DAN LEBIH BIJAKSINI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN.
RASANYA USTAZ BUSTAMAM WAJAR DIBERI PELUANG UNTUK ISI DUN GALAS DEMI BUKTIKAN KU LI BERSAMA PM UNTUK JAYAKAN KONSEP 1MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN. SEKIRANYA ROAD MAP UNTUK TABALKAN GENERASI Y DALAM POLITIK UMNO KELANTAN DAN MALAYSIA UNTUK TUMBANGKAN KEMUNGKARAN@KEPASIKAN PAS..... MAKA OTAI FIKIR TOKOH GENERASI Y ISTANA KELANTAN TERSEBUT PERLU DICALUNKAN TERUS SEBAGAI CALUN KERUSI PARLIMEN GUA MUSANG PADA PR KE 13 NANTI (MUNGKIN TAHUN 2012/13 ???).
DAN LEPAS ITU BILA MENJADI AHLI PARLIMEN GUA MUSANG MAKA BARULAH BELIAU AKAN DILANTIK SEBAGAI KETUA PERHUBUNGAN UMNO KELANTAN DAN SETERUSNYA ULANGI SEJARAH PENGLIBATAN INOVATIF KERABAT ISTANA KELANTAN DEMI MENYELAMATKAN UMNO DAN TUMBANGKAN KEMUNGKARAN PAS KERANA SENGKONGKOL DENGAN DAP DAN PKR.
DAP DAN PKR PRO ISTANA ?????
JAWAPANNYA SUDAH ADA BILA LIHAT KEMELUT ISTANA PERAK VS TOK SERI NIZAR MB PAS/DAP DI PERAK TEMPUH HARI. TERNYATA GELAGAT NIZAR MELAYANI ISTANA PERAK ADALAH SUDAH TERANG LAGI BERSULUH.
PERSOALANNYA GENERASI Y KERABAT BERKENAAN NAK BERTANDING BUAT APA DUN GALAS KERANA SEJARAH UMNO KELANTAN BUKTIKAN BAHAWA SEBELUM INI TIDAK ADA SEORANG MB PUN TERDIRI DARI TOKOH UMNO KALANGAN KERABAT ISTANA KELANTAN.
SIMPULANNYA BAGI TRANSFORMASIKAN UMNO KELANTAN@MALAYSIA KE ARAH RAKYAT DIDAHULUKAN MAKA USTAZ BUSTAMAM ADALAH BAKAL CALUN YANG WAJAR DIBERI PELUANG DAN BANTUAN KEWANGAN MALAH DIBERI UNDI UNTUK MENGISI KERUSI DUN GALAS. INSYAALAH DENGAN KEBOLEHAN BELIAU BERHUJAH DAN BERPIDATO SELAMA INI SEBAGAI PEGAWI JASA MAKA OTAI YAKIN DIA AKAN GEGARKAN DUN KELANTAN YANG AGAK BISU DAN LESU SEJAK 1990 KERANA TIDAK ADA TOKOH PIDATO (JAUH SEKALI TOKOH PIDATO UGAMA@ISLAM YANG PETAH SERTA MENDALAMI AL QURAAN DAN HADITH).
SEKIRANYA UMNO PERLUKAN CALUN RAKYAT DAN TOKOH PIDATO UNTUK DUN KELANTAN, MAKA USTAZ BUSTAMAM ADALAH BAKAL CALUN YANG TERBAIK DAN PALING STRATEGIK UNTUK GERAKKAN HANCUR SERTA TUMBANGKAN KEMUNGKARN PAS KELANTAN INSYALAH PADA PR UMUM KE 13 PADA 2012/13.
SEKIRANYA KU LI ADA SIFIR DAN ILMU HISAB ATAU ILMU KIRA2 LAIN UNTUK TUMBANGKAN KERAJAAN MUNGKAR PAS DI KELANTAN....
OTAI SERAH PADA KEBIJAKSANAN DAN KEBIJAKSINIAN KU LI MEMBAWA PERKARA BERKENAAN KEPADA YAB PM SELAKU PENGERUSI BN UNTUK SESUATU KEPUTUSAN....
INSYAALAH.
OTAI GEMPAQ PUNYA