Sabtu, 30 Oktober 2010

APA ITU MELAKA MAJU 2010?

Apa itu Melaka Maju 2010?
Kecoh sekarang orang memperkatakan tentang Melaka Maju 2010. Tapi apa itu Melaka Maju 2010? Majlis ini akan berlangsung pada hari ini 20 Oktober 2010 (20/10/2010) pada jam 2010 (08.10 malam). Majlis ini akan diadakan di Stadium Hang Jebat, Krubong Melaka.

Visi Melaka Maju 2010.
Menjadikan negeri maju yang cemerlang, gemilang dan terbilang menjelang tahun 2010.
Misi Melaka Maju 2010.
Membangunkan Melaka secara berimbang untuk mencapai status negeri maju yang cemerlang, gemilang dan terbilang menjelang tahun 2010 selaras dengan wawasan 2020.
Negeri Melaka akan diisytihar sebagai negeri maju berdasarkan kriteria yang telah diberikan oleh Organization for Economic Co-operation and Development  ataupun lebih dikenali sebagai OECD. Negeri Melaka telah melepasi indikator-indikator minimum yang diperlukan untuk diperakui sebagai sebuah negeri yang maju.
29 indikator itu dipadankan daripada 32 indikator yang disediakan oleh EPU untuk mengukur kemajuan Malaysia. Tugas penyediaan, pengukuran dan pemantauan tersebut diserahkan kepada Majlis Tindakan Negeri (MTEN) Melaka dan saya menjadi Pengarah Eksekutifnya. Pada tahun 2006 MTEN bertukar nama kepada Direktorat Pelaksanaan Negeri (DPN) Melaka. Saya menjadi Pengarah Eksekutifnya hingga 4 Ogos 2008.
Klik gambar untuk tumbesaran yang sihat.
Kritikan hebat yang diterima oleh Selangor selepas mengisytiharkan negeri berkenaan sebagai negeri maju pada tahun 2005 telah mengilhamkan Ali Rustam untuk mendapatkan pengiktirafan daripada badan antarabangsa yang berwibawa.
Atas arahan Ketua Menteri, saya telah menghubungi OECD (Organization for Economic Cooperation & Development) pada akhir tahun 2005. Lawatan dan perbincangan dengan pihak OECD di Paris telah dipimpin oleh Ali Rustam sendiri pada tahun 2006. Saya dan Datuk Zainal, Pengarah UPEN turut hadhir.
OECD telah mencadangkan 32 petunjuk/indikator yang sesuai digunapakai untuk mengukur tahap kemajuan sesebuah negeri/Negara. Petunjuk ini merangkumi aspek ekonomi & infrastruktur, manusia, rakyat dan alam sekitar.
Bagi memendekkan cerita, OECD telah memberi kenyataan rasmi kepada kerajaan negeri Melaka tahun ini dan rakyat negeri Melaka bolehlah berbangga bahawa negeri yang menjadi tempat tinggal mereka sudah diperakui statusnya sebagai negeri maju berlandaskan piawaian antarabangsa.
Berbalik pada majlis malam ini, kerajaan Negeri Melaka telah menyediakan hadiah-hadiah menarik melalui cabutan nama bertuah dengan menawarkan hadiah-hadiah seperti berikut : -
  1. Sebuah rumah bernilai lebih RM100,000.00 ;
  2. Sebuah kereta ;
  3. Tiga (3) buah motosikal ;
  4. Hampir 5000 unit barangan elektrik ; dan
  5. Lain-lain hadiah menarik yang akan diumumkan kelak.
Peh gila menarik hadiah, Zaki sememangnya mendapat jemputan ke majlis ini. Ini kerana tempat kerja Zaki perlu menghantar staf bagi memeriahkan lagi majlis ini. Insyallah kalau tiada aral Zaki akan datang untuk membawa pulang sebiji rumah. Hahaha.
Dalam kita mengejar negeri maju, Zaki sendiri setuju dengan beberapa pihak yang menitikberatkan dari segi pembangunan insan dan rohani. Disamping kita bergerak seiring antara dunia dan akhirat. Bukan untuk orang lain pun, untuk anak dan cucu Zaki sendiri juga