Khamis, 14 Oktober 2010

BALA TENTERA TANTAWI BANTAH KONSERT LAMBERT

PAS biul tahap dungu kerana membantah konsert tersebut. Pemuda Pas dan Mahasiswa Pas akan mengadakan bantahan di Stadium Putra Bukit Jalil malam ini.

Pas juga telah mencetak 5 ribu risalah membantah konsert Lambert yang disifatkan pengamal seks sejenis yang bahasa mudahnya ialah Gay.  Mereka juga akan membuat solat hajat di surau yang berdekatan stesen LRT di stadium itu.

Agaknya Pas mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa Lambert adalah Gay. Begitu mudah bagi Pas menghukum Lambert hanya kerana beliau  mempunyai perwatakan lelaki lembut.

Moral of the story ialah Pas masih buta tentang pengamal seks sejenis dalam negara, malah menyokong Gay tersebut yang menolak pendedahan dan sumpah mangsa liwat. Pemangsa dibela dan kerajaan disalahkan kononnya membuat konspirasi.

Kesian mangsa liwat dituduh munafik. Itu lah Pas yang buta hati , buta segala-galanya. Pelik bila Pas tidak membuat bantahan terhadap Paderi Gay yang merancang untuk membina sebuah gereja khusus untuk masyarakat Gay Malaysia.