Selasa, 26 Oktober 2010

BN tak pandang mudah di Batu Sapi

SANDAKAN: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Barisan Nasional (BN) tidak akan memandang mudah dua calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Maju Sabah (SAPP) dalam pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi.

Menurutnya, BN tidak pernah mengambil pendekatan itu dan melihatnya sebagai satu cabaran yang bukan mudah dan akan dihadapi dengan strategi tertentu.

"Kita ada strategi tertentu yang akan disusun supaya pengundi Batu Sapi lebih yakin calon terbaik adalah Datin Linda (Tsen Thau Lin) dan mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di kawasan itu.

"Bagi saya, Datin Linda adalah calon terbaik untuk bertanding di pilihan raya kecil Batu Sapi dan yakin dengan keputusan memilih beliau," katanya selepas penamaan calon di Dewan Masyarakat Sandakan di sini, hari ini.

Pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan Tsen calon BN dari Parti Bersatu Sabah; calon PKR, Ansari Abdullah dan Datuk Yong Teck Lee dari SAPP.

Muhyiddin, yang juga Penyelaras BN pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, berkata BN menyedari PKR dan SAPP akan membawa isu tempatan dan nasional dalam kempen pilihan raya kecil ini.

"Ia adalah perkara biasa dalam pilihan raya dan kita akan mengenepikan perkara yang dibangkitkan oleh mereka kerana kita ada jawapan setiap perkara itu.
"Saya yakin kalau kita dapat mengenepikan masalah yang ditimbulkan dan memberi jawapan yang meyakinkan, pengundi akan memberi kepercayaan kepada calon kita," katanya.

Mengulas strategi BN menghadapi dua pilihan raya kecil Batu Sapi dan Galas, Muhyiddin berkata, BN menyedari senario politik di dua kawasan itu adalah berbeza.
Katanya, BN melihat kelainan senario politik di Parlimen Batu Sapi dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Kelantan sebagai satu cabaran dengan memberi tumpuan kepada strategi mendekati pengundi
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.